July 5, 2010

Mereka Serigala Jadian



Aku benci dengan mereka. Bukan setakat benci. Sumpah aku tak nak pandang muka mereka walaupun terpaksa berhadapan dengan mereka setiap hari. Ah,kejamnya dunia. Kenapa perlu aku berhadapan dengan dua serigala jadian ini? Malang sungguh.


Serigala 1: Apa perasaan kau bila budak-budak plan suprise birthday party untuk bf kau. Tapi kau takda masa party tu. Tp perempuan tu ada.
Serigala 2: Ah,aku menyirap seh! Semua bf orang dia nak rampas.


Nampak tak? Aku hanya mampu tergelak mendengar perbualan mereka yang sudah semestinya dilakukan dihadapan aku dengan sengaja. Ah,ada aku kesah? Cerita antara serigala 1 dengan seorang pengawas lelaki di sekolah aku sudah menjadi buah mulut. Tidak dinafikan mereka mulai rapat sejak lelaki tersebut break-off dengan ex-gf dia. Tetapi lelaki tersebut tidak menanggap serigala 1 lebih dari seorang kawan. Pengakuan ini telah dibuat di depan mata aku,bersaksikan telinga aku dan kawan-kawan aku yang lain. Aku terfikir,buat apa dia nak menipu tentang hati dan perasaan dia? Baguslah dia berlaku jujur.


Akhir bulan Jun,aku telah dipelawa oleh bff lelaki ini untuk turut sama menjayakan plan suprise birthday party lelaki ini. Tetapi bff lelaki ini tidak mahu aku mengajak serigala 1. Sebab? Entah,aku pun tidak tahu. Aku hanya datang sebagai tetamu. Ya,tidak aku nafikan aku telah membeli hadiah untuk lelaki tersebut. Salah ke? Aku rasa hadiah dari seorang kawan tidak pernah dilarang dalam undang-undang negara mahupun hukum hakam Islam. Tetapi sangkaanku meleset. Party itu diketahui oleh serigala 1. Baruanya,serigala 2.


Aku pergi ke sekolah seperti biasa pada hari berikutnya. Disebabkan seorang lelaki,serigala 1 langsung tidak bertegur sapa dengan aku. Walhal,akulah tempat dia meluahkan perasaan sebelum ini. Disebabkan aku dijemput untuk ke party lelaki itu tetapi bukan dia,dia sanggup mengetepikan aku. Ah,ini ke yang dinamakan kawan? Pui. Sehingga sekarang,serigala 1 masih menjadi pendengar setia kepada serigala 2 yang handal mereka ceritera cinta antara aku dan lelaki tersebut. Aku masih relax. Malas hendak melenting. Buat apa nak takut kalau tak buat salah?


Serigala 1: Nasib betina tu tak sama group dgn ****. Kalau tak lagilah dia gedik.
Serigala 2: Aku pun rasa dia dah melampau. Agk-agaklah sampai bf kau pun dia nak.


Weh serigala 1,aku kalau nak lelaki tu dari tahun lepas doh. Memang lelaki tu ada rupa,kaya blahblahblah tapi aku tak hadaplah. Kalau betul aku minat dia,nak couple dengan dia aku dah couple dengan dia tahun lepas. Aku tak couple dengan Boy,Mer,Erol apa semua. Haih. Lagi satu,setahu aku lelaki tu anggap kau kawan saja. Yang kau nak melenting bila tahu aku pergi party dia kenapa? Exgf dia pun okay dengan aku,tiba-tiba kau yang entah tak ada kena mengena dengan hidup dia terus nak melulu kenapa? Sakit otak ek?


Haa,serigala 2 kau jangan ingat aku buat bodoh tengok kau menjaja cerita tu aku sukalah ek? Kau tak ingat ke kau pun pernah jadi macam situasi aku sekarang ni? Paling best bila tahun lepas kau goda Boy,walhal kau tahu Boy bf aku. Ah,sumpah aku doakan kau takkan berjaya. Lantaklah,sampai bila kau tak puas hati dengan aku doh? Kau saja nak lagakan orang dengan aku. Kau ingat,jangan sampai aku bocorkan rahsia kau dekat semua orang. Aku bukan tak nak balas apa yang kau buat dekat aku,tapi aku fikir aku dah 17 tahun. Kalau aku melenting sebab benda yang aku tak buat,orang cakap aku tak matanglah brotha. Lain macam kau,orang cakap apa pasal kau pun kau buat bodoh saja. Yelaa,taik babi menebal dekat muka. Apa ada hal?

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.