July 11, 2010

Kau Gembira,Aku Gembira



Post ini untuk kau,bukan kau yang dalam hidup aku sekarang.
Tapi kau yang ada dalam hidup aku 5 bulan lepas.


Tahniah,kau dah gembira-kan sekarang? Aku pun gembira sama. Kau dah dapat balik hidup kau. Kau dah kutip balik sisa-sisa hidup kau dulu yang kau buang atas sebab cinta. Aku tahu itu yang kau idam-kan dari dulu. Aku bangga sebab kau dapat apa yang kau nak. Kau hebat,serius. Aku nak kau gapai,kau capai dan kau cari lagi apa yang kurang dalam hidup kau. Hidup kau cukup sempurna sebelum ini. Ya,itu yang selalu kau jerit-kan pada semua orang. Kau cari balik ya? Aku sentiasa doa-kan kau. Aku tahu kau boleh. Tak ada perkataan tak boleh dalam kamus hidup kau. Aku pergi sini,orang cakap pasal kau. Aku pergi sana,aku nampak nama kau. Nama kau memang tak pernah lekang dari telinga dan mata aku. Mulut aku? Maaf. Mulut aku dah ter-kunci untuk sebut nama kau. Betul apa kau cakap,kau memang ke-suka-an ramai. Kau ada-lah kau. Tak ada orang boleh jadi kau. Bagus,aku suka. Terus-kan dengan hidup kau. Aku tahu kau nak hidup yang lagi ekstrem,kau usaha sikit saja lagi. Lambat laun kau dapat juga apa yang kau idam-kan selama ini. Hidup lama kau? Cari balik. Kau mesti jumpa,walaupun dah bersopak-sopak. Takpa,kau boleh baiki. Selamat ber-jaya dan semoga ber-bahagia. Jumpa kau di sana kelak.



ps---> Terima kasih ya? Aku dah boleh lupa-kan kau.


Quotes Of The Day;
PAST IS PAST,LIFE MUST GO ON

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.