July 7, 2010

Drama


Bukan sengaja untuk aku membenci kau. Tetapi kerana sikap kau yang suka menuduh tanpa usul periksa,aku dapat sudah menjangkakan apa yang akan terjadi pada kemudian hari. Ah,aku kenal kau sangat. Kau senang terpengaruh. Lepas kau tahu pasal cerita bf kau minat aku,kau terus pergi berkawan dengan serigala 1 dan serigala 2. Aku dan yang lain berpendapat kau telah pun dipengaruh oleh mulut-mulut longkang itu. Sudah tentu nama aku diburuk-burukkan lagi oleh serigala-serigala itu selepas ceritera **** dengan serigala 1. Mesti lagi terukkan kau dengar serigala-serigala tu mengata aku?


Ah,kau ingat aku cepat melatah? Melenting jauh sekali. Aku bukan nak mendabik dada yang aku ini penyabar orangnya. Tetapi kalau hakikat telah tertulis begitu,kau nak ubah macam mana lagi? Serius aku cakap,aku tak jangka bf kau akan call aku dan cakap dia minat dekat aku. Walhal dia tahu kau satu kelas dengan aku. Bukan setakat satu kelas,malah kau agak rapat dengan aku sebelum ini. Aku tahu kau sayang bf kau. Siapa yang tak sayang bf-kan? Haih. Aku tak dapat nak mengelak benda seperti ini dari terjadi. Untuk pengetahuan kau juga,aku bukan jenis yang suka melayan semua lelaki walaupun bf kau aku kenal.


Aku tahu batas berkawan. Aku tetap fikir jika lelaki yang aku berkawan itu mempunyai gf atau tidak. Jika ya,aku kurangkan pergaulan dengannya. Tetapi jika tidak,tidak semestinya aku boleh meleset-leset seperti kucing gatal. Tidak,itu bukan aku! Kalau kau kawan aku,kau kenal aku macam mana. Kau bukan baru kenal aku 2 hari. Tetapi 2 tahun. Aku tak batak dengan bf orang,lagi-lagi bf kawan sendiri. Aku bukan jenis kawan makan kawan ataupun musuh dalam selimut. Aku bukan tidak mahu memberitahu kau mengenai call tersebut. Aku masih fikir yang kau gf dia dan masih mempunyai perasaan. Jadi aku lupakan hasrat aku untuk memaklumkan kepada kau.


Tetapi sekarang,perkara yang sebenar telah terbongkar. Kau masih menyalahkan aku hanya disebabkan bf kau call aku dan membuat pengakuan yang dia minat dekat aku. Adil ke cara kau mengadili aku? Aku tidak tahu siapa lagi penting dalam hidup kau. Bagi aku,kawan lagi penting. Cara aku menulis begini cuma hendak kau tahu aku kesal kau menghukum aku begini. Sekarang ini,satu sekolah sudah tahu tentang perkara ini. Aku tahu,perkara ini takkan sampai ke pengetahuan orang lain jika kau tidak membuka cerita ini dekat serigala-serigala tersebut. Takpa,aku terima dugaan ini seadanya.


Terima kasih kawan.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.