July 28, 2010

Berhenti Berharap,


Serius,aku penat.


Satu jiwa kau aku merantau. Setiap sudut hati kau aku singgah. Kau tetap macam dulu-dulu masa aku dan kau cakap hey hey. Mana tercicir hati dan perasaan kau yang dulu berbunga-bunga? Kalau kau nak berpaling tadah,bagitahu aku. Betul ayat aku dulu,aku tak harap apa-apa dari kau. Keadaan sekarang sama macam apa yang aku pernah bagitahu kau dulu,betul tak?


Takpa,tahap kesabaran aku belum sampai takat maksimum lagi. Aku boleh pandang kau lagi,aku boleh tegur kau lagi. Tapi,perasaan aku lama-lama makin suram. Kau tak layan perasaan aku,sebab tu aku sugul. Aku nak menangis,tapi tak ada air mata yang keluar dari mata aku. Kenapa? Sebab aku dah penat. Sampai bila kau nak simpan aku? Aku tunggu jawapan kau.


ps: Wa nak lu tapi keadaan kita tak sama. Takpa,wa bagi lu pergi. Deng,jaga diri.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.