July 31, 2010

Bang Bang,Game Over



Romeo,rindu kau.


Weh romeo,bila kita nak jumpa lagi? Rindu kau,bodoh. Aku tahu kita dah tak semanis dulu. Tak ada I love you I miss you lagi. Aku pun tak tahu mana silapnya. Takpa,biar aku yang dipersalahkan okay? Kau tak pernah salah. Bila text dengan kau,aku rasa lain. Serius,lain. Dah tak rasa berbunga-bunga macam mula-mula dulu sampai aku pun boleh senyum kambing. Cuma,hati aku bengkak sikit sebab tahan rindu dekat kau. Aku kalis sehabis boleh,takut orang nampak. Malu.


Aku yang berubah atau dunia nak terbalik? Aku tak faham. Kenapa bila kita text,aku rasa lain. Aku rasa tak puas hati. Bila dah text,mulalah air mata mencurah-curah. Haih,parah betul diri aku ni. Aku dah tak faham kau,aku dah tak faham diri aku sendiri. Kenapa jadi macam ni? Dulu,cerita kita boleh dapat Plot Cerita Terbaik. Sekarang? Haih. Aku minta maaf. Aku selalu annoying bila text dengan kau. Fyi,aku akan annoying bila aku cemburu. Ya,aku masih ada perasaan cemburu yang membuak-buak. Tragis.


Aku nak kau yang dulu,masa mula-mula kita kenal dulu. Fuh,berbunga habis bila dengan kau. Sekarang,mana pergi semua bunga tu? Haih,layu habis. Kau tak tolong aku jaga,aku tak larat nak jaga sorang. Kalau aku Doraemon,aku nak guna mesin masa. Aku nak mula balik dari awal. Aku nak isi kau dalam ruang-ruang kosong,dalam hati aku. Aku nak tanam bunga banyak-banyak,nanti kita boleh jaga sama-sama jaga. Tapi,boleh ke semua ni jadi? Baru text kau,air mata dah mencurah-curah. Ni nak patah balik mula dari awal? Haih,mimpi jela Ell.


Cerita kita dah nak habis ke romeo? Janganlah. Aku tak puas lagi nak hayati watak aku dalam cerita ni. Aku tak nak pengakhiran watak aku ada adegan menangis. Penat tahu penat? Aku nak watak aku selalu senyum,alaa senyum keliling kepala. Cerita ni mesti lagi menarik bila kau dengan aku bahagiakan? Aku tak suka keadaan sekarang,serius. Tak boleh buat plot cerita langsung. Dah-lah tak menarik,cerita macam sial. Watak aku asyik menangis je,watak kau asyik nak ber-huha sana sini dengan gadis-gadis lawa. Kenapa jadi macam ni?


ps: Wa nak lu ubah jalan cerita. Wa dah penat nak mainkan watak perempuan sadis ni -.-

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.