July 10, 2010

Aku Sayang Kau,Tapi......





Sumpah demi Allah aku sayang kau. Kau tahu-kan?


Aku tahu kita tak-kan kemana,sebab kau sendiri yang cakap I tak reti couple jauh-jauh. Takpa,aku hormat keputusan kau. Aku tak kisah kalau kita macam ini sampai mati. Ya,aku suka. Aku tahu kau pun suka. Aku gembira bila kau ada. Hilang sedih aku. Marah aku. Merajuk aku. Kau pandai. Pandai buat aku ketawa sampai sakit perut. Kau hebat,aku suka.



Tapi............


Aku nak kau berlaku jujur dengan diri kau,boleh-kan? Aku tahu kau ada minat gadis lain. Aku dah pernah bagitahu kau,kalau kau ada gf bagitahu-lah aku. Kalau kau ada minat gadis lain,bagitahu-lah aku. Aku bukan nak menyibuk hal kau. Aku tak nak nanti kau dah ada gf tapi kau dengan aku masih macam ni. Ya,macam sekarang ni. Nanti kau boleh sakit otak. Kau tak nak-kan?


Aku tahu kau teringin nak ada gf. Aku faham kau. Aku dapat baca jiwa dan perasaan kau. Aku nampak dari air muka kau. Kau boleh jujur dengan aku,apa sahaja aku terima. Aku dah kuat. Aku tak lembik macam dulu-lah. Biar-kan aku menangis. Menangis aku sekejap saja. Menangis aku tak boleh bawa mati. Aku nak kau gembira. Aku suka tengok kau senyum. Nanti aku ikut kau senyum sama.


Mula-i hari ini,jam ini dan saat ini aku nak kau ber-janji dengan aku kau nak jujur tentang se-gala-nya dengan aku. Janji okay? Aku tahu kau boleh. Aku tahu kau tak suka cakap tak boleh. Aku dah kaji sifat kau. Aku kenal kau. Aku dah tak nak kau sorok apa-apa dari aku. Nanti aku dapat tahu sendiri,parah lagi hati aku. Biar keluar dari mulut kau sendiri. Jangan biar mata aku yang nampak.



ps---> Baby,saya sayang awak sampai mati. Kita mungkin tak ber-sama tapi saya nak awak tahu yang saya dah cukup gembira sekarang ni walaupun saya tengah menangis. Awak tahu saya kuat-kan? Ya,saya memang kuat. Terima kasih sebab tolong saya jadi kuat. I love you.




Quotes Of The Day:
LOVE NEED SACRIFICE





No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.