June 11, 2010

YESTERDAY,


Ohooi hoi hoi hoi

Semalam best!

Start dari pagi,ada je benda yang buat aku happy. Haaa,macam ni lah aku nak. Takda dah menangis-menangis ni,aku senyum je keliling kepala. Kau boleh buat? Aku tau kau dan kau tak boleh buat,takpa cuba lagi tahun hadapan.

Semalam aku keluar dengan family aku pergi MITC di atas tujuan nak cari bakery yang ada buat cupcake. Kakak aku nak tempah for birthday party Arif Daniel. Cerita dia memang best sebab sampai je bakery tu mata aku terpandang cupcake Elmo. Taik,lawa seh! Dari jauh dah nampak mata binatang tu,awhh bila aku nak dapat? Aku nak juga -,- Aku ingat lagi dulu ada orang tu dah janji nak bagi aku cupcake Elmo tapi sampai sekarang,haaraaam. Takpalah,aku anggap je dia pernah bagi. Malas nak cerita kisah lampau.

Perjalanan diteruskan pergi Mydin MITC,nak cari birthday party stuff. Kakak aku cakap aku kena jadi party planner,sebab kakak aku nampak ciri-ciri tersebut dalam diri aku. Terharu sungguh dia ckp macam tu. Aku pun bersemangat cari itu ini,tapi sebenarnya aku memang malas. Alaa,korang macam tak faham aku pula kan? Aku mana suka buat benda remeh bin temeh. Kau tahu kan? Ya,bagus-bagus. Tapi,kakak aku punya pasal aku pun meringankan diri untuk mencari barang-barang tersebut tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata carutan.

Cari dan cari,weh aku lapar! Well,dah lapar mstilah kena pergi makankan? Takkan pergi toilet pulak,duh. So,satu family pergilah makan dkt foodcourt. Aku biasalah makan claypot,kegemaranku. Masa tengah order tu,aku pandang belakang. Aku nampak one group of guys ni baru nak duduk. Serious aku kenal jejaka-jejaka tu. Ya,aku kenal! Naim,Hafiz,Aiman dan Ah Chong. Siapa mereka? Rakan sukan,betullah aku tak tipu. Makan aku pun dah siap,aku pergi tegur. Muka agak tebal,sebab takut salah orang.

Phew,nasib betul. Aku gembira sebab dpt jumpa mereka. Ya,aku lupa mereka ada ambil bahagian dalam SUKMA. MITC merupakan lokasi rasmi MITC,okay aku faham. Patutlah ramai aku nampak atlet berpeleseran dekat Mydin. Cerita punya cerita,makan aku tak habis lagi. Aku pun blah,tinggalkan mereka. Aku sambung makan,dan perjalan diteruskan pergi mana ek? Balik rumahlah,kepala aku dah pening. Dan aku pun dah janji nak berwebbie dengan teman-teman,ceritanya memang aku excited.

Sampai rumah,mandi dan kemas barang-barang yang dibeli oleh kakak tadi. Dah selesai semua,aku pun melabuhkan punggung di atas katil dan mula menhidupkan lappy. Setting sana setting sini,terus on YM. Ya,aku berwebbie dengan DJ. Plus Baby Tuff dan Ben10 pun nak berwebbie dengan aku. Tunggu dan terus menunggu mereka,Afiq Travis buzz aku. Oh tikijut mek,tiba-tiba je. Terus berwebbie dengan dia,sumpah lah dia memang gila tapi best. Dah puas webbie,video call pulak. DJ marah aku,sebab dia kata aku berubah dan dia nak Ell yang dulu. Weh lelaki,ni Ell lah. Mana ada lagi Ell yang lain. Limited,one and only.

Afiq,Red,Ad,Ben10,Baby Asya dan Baby Lylo tengok je aku otp dengan DJ. Memang dia sentap betul dengan aku,duh aku dan buntu. Memang haram,aku dah tak tahu nak buat apa. Aku teruskan lagi berwebbie. Afiq tak habis-habis nak hidupkan suasana debate,ish jejaka ni. Ya,aku tetap jadi opposition dan dia jadi government. Tak lupa juga,kami ada kutuk mati-matian seorang gadis ni. Cerita dia memang aku buat dosa semalam,tapi apa aku kisah? Asal aku puas hati. Ben10 sentap juga dengan aku,sebab aku otp masa tengah webbie. Aik,tak boleh ek? Ohh,ingat boleh.

Memang happening gila semalam,otp dan berwebbie bersama teman-teman seperjuangan. Malam ni aku nak lagi,boleh tak? Tapi tak boleh nak otp,sebab creds aku dah nazak.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.