June 9, 2010

WE BELONG TOGETHER,


Aku tahu kau berat hati nak tinggalkan aku,aku pun rasa benda yang sama. Jangan tipu diri kau,aku takkan pergi kalau kau tak nak aku pergi. Sebab aku memang tak nak pergi pun.

Jam menunjukkan pukul 3.13 pagi,dan aku masih berjaga. Mengharap esok akan lebih cerah daripada hari ini. Ini yang biasa aku buat,berdoa dan mengharap keadaan kembali pulih menjelang esok. Tetapi nasib aku baik malam ini,tak payah nak tunggu esok mencelah. Malam ini sahaja aku dah tersenyum lebar sampai keliling kepala,aku pun tak tahu kenapa tetapi hero aku dah kembali memberi respon yang baik.

Aku hampir tidak percaya bahawa kata-kata tadi terkeluar dari mulut hero aku,alaa hero aku yang tak reti nak bermadah tu. Tetapi dia hebat,sangat hebat. Pegang dunia katanya. Aku hampir pengsan setelah dia berkata hendak pergi,ya aku yang suruh dia pergi. Sebab aku rasa bodoh sangat masa tu,Ell memang bodoh setiap masa -,- Nasib pergi heroku tu tak kemana. Dia ckp je nak pergi,tapi masih dekat situ. Dekat dengan aku,ya itu yang aku mahu.

Ah,ego kau tinggi Ell. Sampai bila aku nak bermain tarik tali dengan hero aku ini? Sampai kiamat? Oh,tak mungkin. Bila plot bahagia aku nak mencelah? Bercakap dan bercakap,masalah kami selesai. Cerita kitaorang memang best. Mula-mula bergaduh,lepas itu biasalah bermaki-makiaan pula. Dah puas mencarut membabi buta,barulah baik semula. Adat bercouple katanya. Ah,rindunya dkt hero aku ini. Rindu dia panggil aku bun. Orang lain panggil? Haram aku tak layan. Mulut aku pun ringan sahaja nak panggil dia baby,oh bukan babi okay? Rindu jugak aku nak geli-geli dengan dia,agak-agak bila dapat ek?

Baby,terima kasih banyak-banyak sebab title tu. Perempuan yang bawa sial ini sekarang dah jadi heroin awak balik. Awak jagalah saya elok-elok,jangan bagi saya mengaum tak tentu pasal lagi. Jangan control saya lagi tau? Nanti saya belikan awak kereta control,awak control lah kereta tu puas-puas tapi bukan saya. Saya tahu awak tengah masyuk sekarang,agak-agak bila saya nak dpt rumah tu?

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.