June 16, 2010

WAITING,


Hari ini aku rasa macam tak puas hati saja dengan semua orang. Kenapa? Jangan tanya aku. Tanya segala hormon dalam badan aku ini. Aku hampir-hampir nak marah dia. Dia tak buat salah cuma cara dia membalas pesanan ringkas aku seolah-olah tidak ikhlas. Ah,aku selalu begini. Berfikiran negatif sepanjang masa. Aku mintak maaf sebab tuduh kau macam itu sekali. Kau pun tahu aku tak berapa sihat hari ini,mungkin sebab terlalu gembira di hari semalam. Gembira aku tak habis lagi. Hati melonjak-lonjak bila kau photoshare gambar kita semalam. Terima kasih banyak-banyak,susahkan kau saja pergi kafe siber semata-mata nak bagi aku gambar kita itu. Kau memang baik,baik sangat-sangat dengan aku. Kau belanja aku itu,kau belikan aku ini. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Tapi kenapa hari ini kita mesej tak macam hari-hari lain? Kenapa mesej-mesej yang kau hantar dekat aku berunsur dingin? Aku ada buat salah ke? Atau memang cara kau memang macam itu cuma aku yang terlalu berfikiran negatif? Apa-apa jela. Serius aku cakap aku memang ada masalah hari ini. Masalah apa? Aku sendiri tak dapat nak kenalpasti. Maaf kalau perilaku aku hari ini buat kau nak mrah,buat darah kau menyirap dan buat muka kau jadi merah. Aku pun tak faham kenpa dengan diri aku hari ini. Sekarang ini kau jela orang yang teman aku ketawa,menangis? Belum lagi. Kau sebenarnya nak cakap apa dekat aku? Kenapa mesti nak tunggu online dan webbie? Kenapa tak sekarang? Kau nak cakap pasal apa? Itu adalah antara persoalan yg berlegar-legar di minda aku sampai detik ini. Aku masih menunggu apa yang hendak kau cakapkan. Aku tak kisah sama ada benda yang kau nak bagitahu kau itu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri aku. Gembira,sedih,dan kecewa. Belakang cerita. Sekarang ini aku tetap nak tahu apa yang sebenarnya kau nak bagitahu aku. Aku tetap menunggu. Tapi sekarang ini masih banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku. Tentang kehidupan kau. Kehidupan sosial kau. Aku pun tak tahu kenapa aku berfikir terlalu jauh. Satu per satu perkara yang merungsingkan aku,yang datang waktu aku tidak mahu menerima sebarang tekanan. Apa aku boleh buat? Hidup mesti ada masalah. Tak ada masalah,tak hebat hidup. Aku akan tetap tunggu waktu yang kau cakap untuk memberitahu aku perkara penting itu. Ya,aku tunggu.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.