June 19, 2010

SEX MANIAC,



Pernah dengar lagu Geli Mat tak?
Geli mat mat mat mat mat.

Macam itu perasaan aku sekarang ini. Aku tak tahu mana nak mula,tapi benda ni bermula hari itu. Aku berwebbie dengan Ben10,sementara nak tunggu dia online tiba-tiba adalah satu budak ini tiba-tiba BUZZ!!! aku. Aku pun macam terkejut,pelik tapi benar pun ada sebab bdk ini jarang nak tegur aku bila online. Senang cerita dia fikir dia hotstuff,so apa barangkan nak tegur budak sakai macam aku ni. Wth. Hot kau tak kemana pun derr. Kubur sama dalam juga. Kain kapan sama putih juga. Jadi,kau jangan nak bajet kau hot gila okay?


Berbalik kepada cerita aku tadi,dia BUZZ!!! aku dan aku pun cakap hey. Sebab aku ini bukanlah penyombong orangnya. Lagipun aku fikir aku pernah lepak semeja dengan dia dekat NZ belakang Pavilion. Itu bukan kali pertama kitaorang bersua. Sebelum itu ada juga,aku pergi Rock The World 9 dengan Aiman. Kebetulan dia kawan baik Aiman. Dari situ aku dah kenal dengan mamat ni. Malam yang dia BUZZ!!! aku,dia pun cakap kenapa dah tak nampak aku apa semua. Aku mcm,kau kisah pula aku ada ke tak. Aku layankan saja apa yang dia tanya.


Dalam tengah bertanya itu ini,tiba-tiba dia tanya aku satu benda yang buat aku rasa macam nak pergi bunuh dia.

A bukan nama sebenar:
You,kenapa tak pakai baju tidur seksi malam ini? Baru nak tengok you pakai.

AKU:
Wth,memang tak dapat ah jep! Lagipun malam ini I pakai kain batik. Sorry ek?

A bukan nama sebenar:
Alaa,pergilah tukar. Nak tengok.

AKU:
Weh,aku tak nak bodoh. Kau ingat aku siapa?

A bukan nama sebenar:
Poyo


Apa masalah dia sebenarnya ek? Duh,tak faham tengok orang zaman sekarang ini. Macam-macam hal,dia ingat aku ini perempuan dekat Chow Kit ke? Ke ingt aku ini macam betina hotstuff itu? Euw,tolong faham okay? Kau nak barang,kau tak payah maintak dekat aku. Kau hotstuff,mesti kawan-kawan semua hotstuff. Apa kata kau mintak dari diaorang,mesti dapat. Lagipun aku ini sakai,kampung and gemok. Kau nak ke? Tolong hormati aku. Jangan ingat aku berkawan dengan semua orang aku nak bagi macam itu jela? Kenal aku dulu,terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.