June 21, 2010

HEBAT KAU DEKAT MANA?


Manusia. Bermacam ragam.


Dengki.
Benci.
Talam dua muka.
Hipokrit.
Narsis.


Tujuan aku menaip blog pada malam ini bukanlah atas dasar hendak mengkritik antara satu sama lain. Cuma memberi kesedaran serta memberi kau lihat apa yang aku nampak pada manusia zaman sekarang ini. Mungkin ramai yang berpendapat,aku sekadar membuang air liur bercakap itu ini tentang perkara yang tidak pernah aku nampak. Tetapi bagi aku,aku tak pernah membazir air liur kerana aku hanya membantu jari-jariku untuk bersenam dengan menaip blog. Aku berhajat nak tanya kau.

Apa perasaan kau sekarang apabila aku menulis tentang kau?
Kau hebat,Allah hebat atau kau lebih 10 kali ganda hebat dariNya?
Agak-agak berapa lama kau boleh hidup ats Bumi?
Berapa ramai kawan yang suka kau?
Keluarga kau sayang kau ke?
Kau dah banyak pahala?


Sebenarnya,bertubi-tubi hendak aku menanyakan soalan. Tetapi aku fikir kau seorang manusia yang normal. Ada batas-batas pemikiran. Aku simpan baki soalan aku dalam poket. Berbalik kepada tajuk post blog aku, HEBAT KAU DEKAT MANA? Aku pun mulai menyukai perkataan hebat ini. Aku hebat. Oh tidak. Aku tidak begitu yakin yang aku hebat. Ramai lagi yang hebat di luar sana. Dunia ini besar. Mungkin kau mengaku kau hebat tetapi kau pernah terfikir tak yang orang ramai akan berkata kau ini narsis. Taksub. Kau muda lagi. Dunia hadapan kau masih cerah. Kau tak perlu fikir kau hebat pada masa ini kerana pada masa akan datang lambat laun hebat kau hilang entah kemana. Kau nak ke? Aku rasa jawapannya tidak. Kau pandai berkata-kata tetapi kau lemah dalam pemikiran. Mungkin kau masih muda. Hebat kau dekat mana lg? Nafsu,mungkin. Al maklumlah,kau masih muda. Bergetah. Cakap dengan aku lelaki mana tengok kau tak ternganga mulut,tak terkeluar biji mata,tak gelisah dan tak meningkat nafsu syahwatnya? Aku rasa takda. Kau simbol seks. Tetapi kau kena fikir,kau muda lagi. Tahun ini kau jadi simbol seks. Tahun depan kau jadi hamba seks. 10 tahun akan datang kau jadi apa pula? Masa ini kau baru terfikir,hebat ke aku ini? Orang ramai juga akan berkata,hebat budak ini. Kau nak orang berkata begitu? Perkataan hebat membuatkan kita lupa asal-usul kita. Hebat juga menyesatkan kita dari agama asal. Kau dilahirkan sempurna dengan agama yang cukup suci. Malangnya hanya dengan hebat,kau menyesatkan diri kau yang sememangnya tidak sesat. Rugi. Kau masih punya ruang untuk berpatah balik,tetapi aku tahu memang susah untuk kau kembali ke pangkal jalan disebabkan hebat kau itu. Kau tinggalkan hebat kau boleh tak? Aku tahu,tak boleh. Hebat sangat penting bagi kau. Pentingnya untuk kau mencipta nama,menjatuhkan orang lain dan bersifat narsis. Penting ke semua ini? Aku rasa perkara ini tidak dikira sewaktu kau dihisab kelak. Perkara ini lagi menyimpangkan kau dari jalan yang betul ke jalan yang sesat dan tiada penghujungnya. Aku tahu kau suka. Kau suka ekstrem. Kau suka buat benda yang orang tak pernah terfikir budak yang berumur macam kau ini akan buat perkara tersebut. Dalam erti kata lainnya,kau ini unik. Unik bukannya maksud kau dijadikan daripada cahaya. Kau sama macam aku. Dijadikan daripada tanah. Bagi kau mungkin tanah kotor. Kotor bila kau tak tahu cara membersihkannya. Aku suka gaya kau. Tapi aku bukan obses dengan kau. Aku tak pernah obses dengan sesiapa manusia di atas Bumi ini. Obses,kemana sahaja aku boleh obses dengan kau? Apa aku dapat kalau aku obses dengan kau? Dapat tiket emas masuk syurga? Kau memang hebat. Tapi itu semua bukan kekuasaan kau. Kau tidak ada hak untuk menentukan hidup seseorang,mahupun jodohnya. Walau sekali pun kau pernah bertemankan si polan,kau tak ada hak untuk menkeji aku sekiranya aku berteman dengan si polan itu. Begitu juga dengan berkawan. Tidak pernah terjadi lagi di atas muka Bumi ini di mana setiap seorang manusia hanya boleh berkawan dengan kawan-kawan yang tertentu sahaja. Contohnya,kau berkawan dengan si anu. Aku pun berkawan dengan si anu. Kau melenting. Kau ckp aku curi kawan kau. Kawan boleh sampai mati sahaja. Masuk alam kubur,tidak ada sesiapa yang dapat membantu kau. Ramai kawan sekali pun tidak berguna. Tetap tidak dapat membantu kau menjawab soalan para malaikat dalam alam kubur. Aku rasa aku berhenti di sini sahaja. Jari jemariku hampir tertanggal daripada tangan akibat menulis post ini. Aku minta maaf jika terdapat sesiapa yang tersinggung perasaan dengan penulisan aku pada kali ini. Terima kasih kerana membaca.




HEBAT?
TAK BAWA MASUK KUBUR



4 comments:

  1. pada aku mungkin ada betulnya apa yang kau cakap , tapi mungkin kau tak sedar . apa yang kau cerita ni terjerumus kedalam hidup kau , kau jugak pernah jadi hamba seks . kenapa kau bersikap hipokrit? aku tahu kau akan delete coment ni , itu sudah cukup membuktikan yang kau ni seorang yang hipokrit , aku tau kenapa kau jadi hipokrit , kau taknak orang pandang hina dekat kau kan? pada masa yang sama kau jugak nak tunjuk kehebatan kau dengan bercerita perkara macam ni . jangan berani bercerita tentang kehidupan kerana semua kehidupan terdapat cacat cela , dimana kehidupan aku dan kau tak pernah sempurna . jangan pertikaikan hebat didunia ni , semua orang hidup dalam dunia pada zaman ni berlumba lumba untuk jadi yang terhebat , dalam dunia hari ni yang kuat je akan bertahan , orang lemah macam kau akan berkubur .

    ReplyDelete
  2. Sebab aku dah terjerumuslah aku bercakap menulis macam ini. Aku membuka mata orang yang tak pernah sedar,yang hanya mementingkan nafsu serakah di dunia tetapi tidak pernah memikirkan dunia yang seterusnya. Aku tidak menuding jari kepada kau mahupun kau. Malah,aku tidak memetik nama sesiapa di dlm penulisan aku pada kali ini. Aku mengakui aku tidak sempurna sebab itu aku menulis post ini untuk memberi kesedaran kepada orang yang masih berpura-pura dan hidup dalam dunia yang penuh kepalsuan. Aku tidak akan memadamkan kritikan kalian,sebab aku fikir kritikan yang akan membuatkan kita maju selangkah. Atau mungkin beberapa langakah kehadapan. Terima kasih atas kritikan kalian :)

    ReplyDelete
  3. haha , tidak memetik nama sesiapa tapi memang ditujukan kepada seseorang . kau nak memberi kesedaran kepada orang? oh bagus lah , hidup kau bagus sangat ke sampai nak mempertikaikan kehidupan orang yang berpura pura? kau baru 17 tahun , kau dah kenal dunia sgt ke? jgn berlagak pandai lah , kenapa kau tak cerita je apa yang dah berlaku dekat diri kau lepas tu baru cerita pasal benda mengarut ni? takut dengan kesilapan sendiri? tak sanggup hadapi masyarakat ke kalau diaorang tau yang kau ni tak suci? orang kata , sebelum kita nasihat orang kita cermin diri kita dulu . kau sendiri tau kau tak sempurna , jadi tak payah lah terlalu nak menunjuk baik . ini dah nmpak mcm nk meraih simpati lah , kesian kau kan . anyway good luck!

    ReplyDelete
  4. KENAPA KAU MESTI TERASA? ITU SAHAJA SOALAN YANG AKU INGIN TUJUKAN KEPADA KAU. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.