June 10, 2010

HAVING FUN,


Terima kasih daun keladi,lain kali kita keluar lagi.
Baby Ayien,Baby Lulu,Baby Scha,Baby Mell,Kamal dan Amal.

Best,ya memang best! Tapi serious aku penat,penat weh. Skru kaki aku dah longgar,tolong ketatkan. Okay,terima kasih.

Plan mula-mula memang nak keluar dengan Baby Ayien and Amal,tapi tapi lagi ramai lagi meriah katanya. Sekejap kata nak keluar,sekejap malas. Ah,Baby Ell memang keling -,- At last,memang keluarlah jawabnya. Tu pun nak keluar baru terhegeh-hegeh nak mandi,dah lah siap lama nak mampos. Ish,bila nak berubah ni Baby Ell? Lantaklah lantaklah.

Cerita dia memang cuaca panas semalam,aku suka. Suka sangat,aku dengan leather jacket bagai mengharapkan semalam hujan. Taik,hujan apa bendanya. Panas terik,sakit kulit aku -,- Sampai Wetex cari port nak sejukkan badan,dah lah baru aku seorang yang sampai. Takda hala tujuan doe,last-last aku pergi bookstore. Duh,memang cerita dia aku takda kerjalah kan? Sebenarnya,aku nak cari novel. Alaaa,novel cerita yang tengah hot sekarang ni. Ee,tekalah. Ah,malas aku nak cakap.

Tunggu dan terus menunggu,akhirnya Baby Lulu sampai. Muah muah sikit,terus gerak pergi toilet. Betulkan apa-apa yang patut,okay okay aku dah lawa. Call Baby Ayien pulak,otw katanya. Aku turun pergi MCD,Baby Ayien sampai dia pergi naik atas. Cerita memang gila best,nampak macam Wetex tu besar je ek? Woah,muah muah dengan Baby Ayien. Awh,rasa nak geli-geli terus dengan Baby Ayien. Lama tak bersua.

Semalam jugak aku paling banyak makan,makan itu makan ini. Semua aku nak makan,entah kenapa aku macam orang tak pernah makan. Maybe semalam tengah masyuk,aku orang kaya. Nak buat macam mana kan? Bukan selalu dapat berhuhahuha ada duit dalam tangan. Aku pun makan macam-macam,waffle entah berapa banyak aku bantai. Aku kuat makan? Ya,memang. Ada masalah?

Senja mencelah,seorang demi seorang menyusul pulang. Aku? Sendirian. Mama msg aku,tanya nak balik pukul berapa. Eh,aku pelik. Dia macam tak nak aku balik je,ish aku boleh je. Bak datang duit,aku check in. Mama call,suruh aku tunggu je sebab dia pun nak keluar pergi Giant beli barang. Aku pun menunggu dengan penuh kesabaran,kaki dah longgar. Mata dah kuyu. Badan dah melekit. Dalam otak terbayang katil dan lappy. Sambil menunggu,aku order French fries dan Coke. Makan lagi.

Tepat pukul7,Naza Ria berhenti betul-betul depan Wetex. Aku meloncat kegembiraan,dalam hati dah sumpah serana. Rasa macam nak suruh aku tidur situ je. Masuk kereta,set air-cond terus rasa macam nak terlelap. Aku ingat nak balik rumah terus,rupanya nak menyinggah jugak. Destinasi seterusnya,Giant Hypermarket. Ah,aku tak suka pergi Giant. Bosan,pusing sana nampak ikan. Pusing sini nampak telur. Bosan dan bosan. Aku tukang tolak troli,mama ambil barang macam esk Giant dah takda lagi. Sabar Ell,sabar.

Phew,habis pun shopping. Dalam otak aku dah set,balik balik dan balik. Tapi,melencong lagi ke tempat lain. Haa,yang ni aku suka. Makan time,makan dan makan lagi. Aku makan nasi goreng USA,western sangat katanya. Aku paling cepat makan,nak kata lapar aku dah makan macam-macam tadi. Huh,pelik bin ajaib. Dah siap makan,aku nak tidur. Ya,tidur! Aku penat,sampai rumah terus terbongkang. Ingat nak otp dgn heroku,ah dia pulak dah membuta. Tak pasal-pasal tidur awal,buang tabiat agaknya -,-

Boleh aku tidur sekarang?
Okay,selamat malam dunia.
Pengembaraan disambung esok hari.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.