June 26, 2010

GREAT SATURDAY,

Eddy,my beloved lil brotha

Auwud with my new friends * ADORED THEM




PENAT PENAT DAN PENAT



Plan yang tak dirancang,serius. Mula-mula tak jadi sebab fikir tak ada kereta nak gerak Batu Pahat. Walaupun tak jauh. Aku bangun lewat sebab semalam ada ehem ehem. Telefon Ben10. Dengar dia nyanyi sambil tengok dia senyum. Ya Allah. Tak tahu nak cakap apa. Tidur pun dah pagi. Jam 5 pagi rasanya. Bangun pun agak lewat tetapi matahari belum tegak atas kepala aku. Jam 11 pagi,Auwud hantar mesej. Nak ikut dia atau tak nak pergi Batu Pahat. Cepat saja aku jawab ya. Auwud dengan Lan ambil aku dengan adik aku jam 3 petang. Aku tahu Ben10 tak bagi aku pergi. Tapi,aku tetap nak pergi sebab nak tengok The Times. Sampai sekarang dia masih merajuk dengan aku. Baby,nanti aku pujuk kau ya? Aku tahu kau marah tak lama. Haih.


Perjalanan yang agak menarik kerana Lan memandu kereta tersangat laju. Nak cepat sampai katanya. Aku bosan. Nak mesej Ben10,kredit habis. Aku cuba untuk tidur tetapi mata tak boleh nak pejam. Memikirkan Ben10 yang marah dengan aku. Takpa. Aku akan pujuk dia. Aku cuba menyedapkan hati. Tidak sampai satu jam,destinasi yang dituju telah tiba. Aku nampak Dataran Batu Pahat disesaki oleh remaja-remaja yang sibuk untuk menghiburkan diri di X-Gig itu. Ketika sampai di tepi pentas,kelihatan Statik sedang membuat persembahan. Awh,kacaknya Haziq. Vokalis Statik. Terik mentari petang masih aku dapat rasakan. Ah,tolak tepi semua itu. Auwud membuka langkah ke bawah khemah yang disedikan di depan pentas. Ramainya gigers.


Dah lama rasanya aku tak dapat merasai suasana gig. Terasa janggal. Aku buat tidak tahu sahaja sebab aku rasa ramai yang pandang aku lain macam. Mungkin cara aku berpakaian atau mungkin muka aku tidak pernah berada di Batu Pahat. Ah,apa-apa sahajalah. Sedang aku asyik memerhatikan Haziq mendedangkan lagu Bintang,tiba-tiba Auwud diserbu oleh 4 orang remaja yang aku rasa sama umur dengan aku. Mereka teruja untuk menangkap gambar bersama Auwud. Aku macam terpandan seseorang dikalangan budak-budak itu. Ah,salah orang mungkin. Aku pun terus melayan perasaan mendengar setiap bibit lagu yang dinyanyikan oleh Haziq. Tidak lama kemudian,aku sudah mula nampak The Times sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan. Teruja. Naza,dia yang paling aku suka kelihatan berlainan sedikit dengan potongan rambut yang agak berbeza.


Masing-masing telah membuka langkah untuk berdansa dan bersuka ria. Disko Dansa dan Tunjuk Perasaan merupakan lagu kegemaran aku. Menyanyi beribu kali sekalipun,aku tidak akan bosan. Ketika sedang asyik berdansa,baru aku perasan yang aku sudah terpisah dengan Auwud dan Lan. Malah,aku sendiri tidak nampak batang hidung adik aku. Ah,jangan nak buat hal. Aku relax. Masih berdansa sehinggalah tamat persembahan The Times. Mengharapkan The Times akan menyanyikan lebih banyak lagu tetapi hari pun sudah senja. Persembahan harus diberhentikan untuk memberikan laluan kepada azan Maghrib. Aku pun terus membuka langkah untuk membeli air. Keadaan agak sesak disebabkan hari Sabtu dan ramai yang membawa keluarga keluar beriadah.


Aku pun terus mengajak mereka lepak di tepi pentas persembahan tadi. Terjumpa lagi budak-budak yang bergambar bersama dengan Auwud tadi. Mereka ajak bergambar lagi. Hobi aku. Aku pun duduk di atas rumput. Suruh adik aku tangkap gambar. Hobi aku. Sempat berlangsung sesi suai kenal bersama mereka. Budak yang seperti aku kenali itu pun ada. Tetap memerhatikan aku. Aku cuba mengingati dimana aku pernah bersua muka dengannya. Akhirnya dia memulakan bicara dengan bertanya tentang Mlife. Ya,ak pernah bermain Mlife. Oh,sudah aku ingat. Dia budak SMT Kluang yang berdaftar untuk Debat Bahasa Inggeris di sekolah aku. Ya,nama dia Faris. Ah,aku memang senang lupa semuanya. Walaupun semasa pertandingan debat aku tidak banyak berborak dengannya tetapi hari ini dia kelihatan lebih mesra. Kawan baru.


Semua kelihatan penat. Mereka beransur pergi. Aku pun memberi cadangan untuk pergi ke Summit Batu Pahat. Al maklumlah,aku tidak pernah sampai ke Batu Pahat sebelum ini. Bodohkan? Haih. Adik aku membeli tee 3/4 . Aku ingin membeli baju tetapi rasa tidak sedap hati. Fikiran melayang entah kemana. Bermacam-macam aku fikir. Selepas puas berjalan di Summit,ingat terus nak balik tetapi Asyraff hendak berjumpa dengan aku. Dah dua tahun berteman tetapi tidak pernah bersua muka katanya. Aku pun ikutkan sahaja kehendaknya itu. Aku menunggu dengan penuh kesabaran di padang dimana tempat aku menangkap gambar petang tadi. Dia sampai agak lewat tetapi takpalah. Bukan selalu. Bersua dengan dia tidak sampai 20 minit. Kemudian aku terus bergerak pulang disebabkan Lan ada perlawanan persahahatan antara pasukan futsalnya dengan siapa entah.


Terima kasih sebab buat aku gembira hari ini. Lain kali kita pergi lagi okay? Sayang kawan-kawan aku.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.