June 9, 2010

CHANGES & CHANCES,


Kenapa kau nampak lain hari ni?
Kau tak makan ke?
Kau okay tak ni?
Kau tak nak cari bf lain?

Ah,aku bosan. Kenapa semua orang nak tanya aku benda yang aku malas nak jawab? Tolonglah ek,aku bukan mesin masuk duit yang kau dan kau guna untuk tanya apa yang nak ditanya. Aku manusia,normal lagi. Tennngookk. Ada kaki,tangan,hidung,mulut dan semuanya hampir sempurna.

Aku okaylah,aku kuat nak hadapi benda ni semua. Kau ada nampak aku menangis? Takdakan? Haa,tu maknanya aku kuat. Takpa-takpa,maybe sekarang ni bukan nasib aku nak dapat hidup dengan dia lama-lama. Aku bagi peluang dekat orang lain,yang dulu nak sangat-sangat hidup dengan dia. Nak dia kan? Amik,aku ckp amik kan? Dah lah,tunggu apa lg? Blah blah. Kau boleh nak hidup dengan dia,tapi bukan depan mata aku. Bolehkan?

Menangis? Maybe bukan sekarang,alaa boyfriend tak kemana katanya. Kalau hilang boleh cari lain,tu falsampah dari mulut kau dan kau. Bagi aku,selagi boleh bertahan aku nak bertahan. Tapi,cerita aku lagi best. Tak sampai setengah tahun pun,dah jatuh. Jatuh yang memang tersungkur terus. Cool kan? Aku suka bila dah jadi macam ni,sekarang ni baru aku tahu peritnya bila dah kena tinggal dgn hero. Dan cerita pun makin best bila heroin buat-buat jadi kuat padahal lembik longlai macam orang takda tulang.

Hari ini aku tak menangis,esok lusa kau apa tahu? Aku menangis dalam ketawa,aku ketawa dalam menangis. Yeah,aku tahu aku seorang je boleh buat. Aku kan hebat,tapi aku bukan heartless. Aku masih ada hati dan perasaan yang boleh berbunga-bunga,kau tahu kan? Tetapi lepas ini,aku tak nak ada orang sayang aku lagi. Aku mudah lupa bila aku disayangi,tak dapat disangkalkan memang indah bila disayangi tetapi bagi aku semua itu sementara. Lepas disayangi,ditinggalkan pula. Tak ke perit namanya -,-

Kau dan kau,tolong aku boleh? Tolong ingatkan aku lepas ini,jangan bagi aku sayang orang lain lagi. Aku pun tak nak ada orang lain sayang aku lagi,sbb aku rasa hero aku seorang sahaja yang boleh sayang aku sampai mati.

Hero,awak tunggu sampai saya pulih.
Nanti saya datang balik dekat awak.
Kita hidup bahagia macam Shrek & Fiona

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.