June 24, 2010

5 SENI KECANTIKAN CLASS TRIP,

Twins,for sure ;D

Puan Norsiah,5SK's form teacher

Supergirl

SK's with SMV Muar's lovely bus



24 Jun 2010,5 Seni Kecantikan atau 5SK telah membuat lawatan kelas ke destinasi berikut;


--> PUSAT LATIHAN GIAT MARA,SHAH ALAM
--> MIZUMI BEAUTY ACADEMY,PERTAMA COMPLEX
--> MUZIUM NEGARA


Cikgu cakap berkumpul jam 7 pagi dah bertolak jam 7.30 pagi. Ah,semua itu janji Melayu. Jam 7,bas masih tidak kelihatan. Jam 8,bas baru terhegeh-hegeh nak hidupkan enjin. Budak-budak SK kelihatan agak teruja disebabkan setelah sekian lama cikgu tidak membawa kami keluar berjalan-jalan. Lawatan pada kali ini agak kucar-kacir disebabkan pemandu bas yang agak mementingkan diri dan menjalankan tugas bila ada duit. Lawatan ini telah ditetapkan bayarannya,RM5. Tetapi setelah pelbagai perkara yang terjadi,bayaran lawatan ini terpaksa dinaikkan lagi sehingga jumlah kesulurhannya menjadi RM13. Aku tidak menjadi masalah untuk membayarnya,tetapi agak kasihan kepada rakan-rakan yang hanya membawa sedikit sahaja wang perbelanjaan. Haih.


Perjalanan dimulakan. Roti dan air mineral mula diagihkan. Aku tak sentuh roti itu. Perut masih penuh. Keadaan di dalam bas agak riuh. Aku duduk disebelah Dora. Siapa yang tak kenal Dora dekat SMV Muar. Sentiasa dengan jenaka yang buat aku tak kering gusi. Sepanjang perjalanan,ada sahaja yang kami lakukan. Shoot video nyanyi lagu Fall For You ( akan dimuat turun tidak lama lagi ). Bergosip. Dan ketawa. Pejam celik pejam celik. Dah sampai Shah Alam. Aku ulang sekali lagi,Shah Alam. Aku bawa turun segala barang dan buku nota aku. Aku perasan ada satu benda aku tak ambil dari tempat duduk aku. Ah,tak payah bawak. Bukan dia ada pun. Aku tinggalkan beg yang berisi sweater hitam Giordano,boxer,pendrive dan tee Tranasformer. Aku turun dari bas tanpa menghiraukan beg tersebut.

Mendengar segala penerangan dr fasilitator dekat Pusat Latihan Giat Mara,baru aku perasan kamera aku tertinggal di dalam bas. Kecewa. Nasib Kyaa ada bawa turun DSLR. Sepanjang berada di Pusat Latihan Giat Mara,gambar diambil oleh Kyaa. Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Shah Alam,kami meneruskan perjalanan. Destinasi seterusnya,Mizumi Beauty Academy di Pertama Complex. Pertama Complex. Aku tak faham kenapa pergi ke Shah Alam dan kemudian ke Pertama Complex. Haih. Di Mizumi Beauty Academy,kami telah didedahkan lagi dengan lebih lanjut tentang Seni Kecantikan. Apa yang pelajar di Mizumi Beauty Academy belajar,sama sahaja apa yang aku belajar dekat sekolah. Manicure. Pedicure. Masker. Aku telah diberi peluang untuk merasai pengalaman melakukan manicure yang dilakukan oleh pelajar di akademi tersebut.


Jam 2.30 petang,lawatan ke Mizumi Beauty Academy ditamatkan. Perut mulai mendendangkan lagu. Cikgu memutuskan pergi makan di medan selera berdekatan. Aku teringin hendak makan KFC,tetapi malaslah. Ramai orang. Aku,Liul,Nora,Zila,Miera,Shiqa dan Dora memilih tempat makan yang menyediakan nasi campur. Aku ambil nasi dengan lauk ayam goreng,sayur kangkung dan paru berlada. Sedaplah juga. Tak sampai setengah jam,kami dah habis makan. Cikgu suruh bergerak tunggu bas depan Sogo. Budak-budak sibuk pujuk cikgu masuk Sogo. Aku pun sama,bukan sebab nak berjalan-jalan. Aku nak beli hadiah harijadi Hady,29 Jun. Akhirnya cikgu setuju. Aku mencari PDI untuk lelaki,tetapi tidak ada. Aku pun ajak Dora pergi bahagian underwear and boxer. Dora ambil satu tee kolar V,Renoma. Aku masih terkial-kial hendak beli apa untuk Hady. Akhirnya,mata aku berkenan dekat sleeveless Diesel. Memandangkan Hady memang suka pakai sleeveless,jadi aku pun ambil dan terus bayar. Aku pergi ke booth Maybeline,nak beli eyeliner. Dah habis. Hampa. Terus pergi ke tempat aksesori. Dora dan Liul beli rantai. Telefon aku berbunyi tetapi aku tidak hiraukan. Rupanya,cikgu telah menelefon Dora dan memberitahu bahawa bas sudah hendak bertolak.

Sampai sahaja depan bas,pemandu bas menunjukkan muka yang tegas. Ah,aku tak takut. Perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Negara. Sampai saja dekat depan pintu pagar,masing-masing dah kelam kabut. Tapi okaylah. Pergi Muzium Negara bukan nak baca sejarah pun. Tangkap gambar. Ya,macam selalu. Ah,penat nak berjalan. Pergi beli cenderahati dan byebye Kuala Lumpur.





No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.