June 30, 2010

HELLO JULY GOODBYE JUNE



JULY 2010

--> Keep counting till the date of our 1st time meet
--> Uncle Nizam's wedding
--> Suriya Kenchana,Arif Daniel & Adam Danish Birthday Party
--> SUDOKU Competition
--> Keep on doing revision on form4 syllabus,preparing for SPM trial
--> Start miss my Baby Tuffy,she's furthering her study at SEGI
--> Listening to Kimia by Melda Ahmad,everyday
--> Set our picture as desktop on my lappy
--> Trying harder to forget about my life in 5 months before
--> Hope there's something great going to change my love life
--> Decrease spending time on social network,increase time reading books
--> Never stop loving you :)


AKU SUKA,KAU DGR



150 Juta Kali-Fynn Jamal :)

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

June 29, 2010

YES I AM


AKU CEMBURU
AKU SEDIH
AKU NAK KAU

GREAT ACTOR,


Tahniah,
anda dinobatkan sebagai pelakon lelaki paling terbaik!



Ah,bodohnya kau. Aku benci kau. Serius. Kau tahu kenapa? Sebab perangai bodoh kau. Tak salah kalau kau nak cakap kau sayang aku. Tapi....


Sememangnya aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap kau. Cuba kau berfikir menggunakan otak. Kau baru kenal aku tidak sampai sebulan. Kau dah mula bersayang-sayang dengan aku. Walhal kau tahu aku,aku baru saja break off dengan cinta lama. Dari situ aku dah mula nampak dan kenal dengan perangai kau. Kau sweet talker dan sex maniac. Kau ingat aku tidak tahu? No way man.


Cara kau flirt aku dah salah. Terpesong terlalu jauh dari topik sebenar. Kau flirt aku sebab apa? Phonesex. Layan nafsu kau. Weh,kau ingat aku budak kecik yang tak tahu apa-apa ke? Salah orang. Kau bukan orang pertama yang aku pernah kenal dan mempunyai perangai yang sebijik macam kau. Kau ingat tu. Aku dah kenal dengan pelbagai ragam manusia. Jenis kau,acapkali aku jumpa.


Kau ingat aku buta? Weh,aku belum dikategorikan sebagai OKU. Mata aku masih boleh nampak. Walaupun aku rabun. Mata aku boleh tengok kau ber-walling dengan gadis ini,kau tulis hey syg i love you. Kau ber-photo comment pula dengan gadis itu,kau tulis geram tgk bdn you. Ah,ini semua ayt mat romeo. Tengok muka kau,aku dah boleh dapat tahu semua.


Tapi....


Kenapa kau maki hamun aku bila aku ber-lovey dovey dengan dia? Kau tak ada hak. Kau siapa dalam hidup aku? Kau marah aku sebab tak layan kau seadanya. Weh,kau pergi langgan pelacur dekat Chow Kit brotha. Jangan suruh aku layan nafsu kuda kau. Kau dan dia,aku rasa aku lagi perlukan dia daripada kau yang hanya menharapkan nafsu semata-mata. Aku rasa kau dah boleh cari calon isteri dah kahwin secepat mungkin supaya tidak ramai gadis menjadi mangsa cengkaman nafsu kau.


Ah,kau salah orang. Ya,salah orang. Kau ingat aku duduk diam aku tak tahu apa-apa? Aku tak stalk kau pun. Tak ingin pun. Sebab aku tahu kau memang macam itu. Akhirnya kau punya rahsia tak dapat disorok lagi. Semua dah terburai. Kau maki sebab kau dah ada gadis lain. Gadis itu juga seperti kau. Haa,merpati dua sejoli. Apa kau fikir aku suka kau buat macam ini? Kau mintak couple dengan aku tapi ber-baby dengan gadis lain. Walau aku tak ada perasaan dekat kau,tapi aku sakit hati. Sakit hati sebab kenal dengan orang macam kau.


SEMOGA BAHAGIA,AMIN

June 27, 2010

HAPPY 17th BIRTHDAY,



HAPPY WILD SEVENTEEN
HADY,ALIA & WAN
MAY GOD BLESS YOU
AMIN

SAMPAI BILA?

Maaf,aku malas nak letak gambar. Takpakan?


Baby. Sampai bila kau nak merajuk dengan aku? Sampai bila kau nak marah aku? Sampai bila kau tak nak layan aku? Sampai bila kau tak nak mesej aku? Sampai bila kau tak bagi aku telefon kau? Sampai bila kau nak biar aku layan perasaan sorang-sorang? Sampai bila kau tak bagi aku dengar kau nyanyi lagi? Sampai bila kau nak suruh aku dengar lagu Kimia sorang-sorang?


Baby. Aku rindu kau. Aku nak mintak maaf sebab aku tak dengar apa kau cakap. Aku tahu kau marah. Aku tahu kau marah tak lama. Tapi sampai hari ini,aku rasa dah cukup lama. Handphone aku tak ada mesej masuk pun. Aku mengharapkan kau mesej aku pagi-pagi tadi tapi tak ada. Aku rasa bersalah sebab semalam. Mesejlah aku balik. Aku nak dengar kau nyanyi lagu Kimia malam ini. Aku tak nak orang lain. Aku nak kau mesej aku. Aku nak mintak maaf. Mesejlah aku. Aku tunggu.

June 26, 2010

GREAT SATURDAY,

Eddy,my beloved lil brotha

Auwud with my new friends * ADORED THEM




PENAT PENAT DAN PENAT



Plan yang tak dirancang,serius. Mula-mula tak jadi sebab fikir tak ada kereta nak gerak Batu Pahat. Walaupun tak jauh. Aku bangun lewat sebab semalam ada ehem ehem. Telefon Ben10. Dengar dia nyanyi sambil tengok dia senyum. Ya Allah. Tak tahu nak cakap apa. Tidur pun dah pagi. Jam 5 pagi rasanya. Bangun pun agak lewat tetapi matahari belum tegak atas kepala aku. Jam 11 pagi,Auwud hantar mesej. Nak ikut dia atau tak nak pergi Batu Pahat. Cepat saja aku jawab ya. Auwud dengan Lan ambil aku dengan adik aku jam 3 petang. Aku tahu Ben10 tak bagi aku pergi. Tapi,aku tetap nak pergi sebab nak tengok The Times. Sampai sekarang dia masih merajuk dengan aku. Baby,nanti aku pujuk kau ya? Aku tahu kau marah tak lama. Haih.


Perjalanan yang agak menarik kerana Lan memandu kereta tersangat laju. Nak cepat sampai katanya. Aku bosan. Nak mesej Ben10,kredit habis. Aku cuba untuk tidur tetapi mata tak boleh nak pejam. Memikirkan Ben10 yang marah dengan aku. Takpa. Aku akan pujuk dia. Aku cuba menyedapkan hati. Tidak sampai satu jam,destinasi yang dituju telah tiba. Aku nampak Dataran Batu Pahat disesaki oleh remaja-remaja yang sibuk untuk menghiburkan diri di X-Gig itu. Ketika sampai di tepi pentas,kelihatan Statik sedang membuat persembahan. Awh,kacaknya Haziq. Vokalis Statik. Terik mentari petang masih aku dapat rasakan. Ah,tolak tepi semua itu. Auwud membuka langkah ke bawah khemah yang disedikan di depan pentas. Ramainya gigers.


Dah lama rasanya aku tak dapat merasai suasana gig. Terasa janggal. Aku buat tidak tahu sahaja sebab aku rasa ramai yang pandang aku lain macam. Mungkin cara aku berpakaian atau mungkin muka aku tidak pernah berada di Batu Pahat. Ah,apa-apa sahajalah. Sedang aku asyik memerhatikan Haziq mendedangkan lagu Bintang,tiba-tiba Auwud diserbu oleh 4 orang remaja yang aku rasa sama umur dengan aku. Mereka teruja untuk menangkap gambar bersama Auwud. Aku macam terpandan seseorang dikalangan budak-budak itu. Ah,salah orang mungkin. Aku pun terus melayan perasaan mendengar setiap bibit lagu yang dinyanyikan oleh Haziq. Tidak lama kemudian,aku sudah mula nampak The Times sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan. Teruja. Naza,dia yang paling aku suka kelihatan berlainan sedikit dengan potongan rambut yang agak berbeza.


Masing-masing telah membuka langkah untuk berdansa dan bersuka ria. Disko Dansa dan Tunjuk Perasaan merupakan lagu kegemaran aku. Menyanyi beribu kali sekalipun,aku tidak akan bosan. Ketika sedang asyik berdansa,baru aku perasan yang aku sudah terpisah dengan Auwud dan Lan. Malah,aku sendiri tidak nampak batang hidung adik aku. Ah,jangan nak buat hal. Aku relax. Masih berdansa sehinggalah tamat persembahan The Times. Mengharapkan The Times akan menyanyikan lebih banyak lagu tetapi hari pun sudah senja. Persembahan harus diberhentikan untuk memberikan laluan kepada azan Maghrib. Aku pun terus membuka langkah untuk membeli air. Keadaan agak sesak disebabkan hari Sabtu dan ramai yang membawa keluarga keluar beriadah.


Aku pun terus mengajak mereka lepak di tepi pentas persembahan tadi. Terjumpa lagi budak-budak yang bergambar bersama dengan Auwud tadi. Mereka ajak bergambar lagi. Hobi aku. Aku pun duduk di atas rumput. Suruh adik aku tangkap gambar. Hobi aku. Sempat berlangsung sesi suai kenal bersama mereka. Budak yang seperti aku kenali itu pun ada. Tetap memerhatikan aku. Aku cuba mengingati dimana aku pernah bersua muka dengannya. Akhirnya dia memulakan bicara dengan bertanya tentang Mlife. Ya,ak pernah bermain Mlife. Oh,sudah aku ingat. Dia budak SMT Kluang yang berdaftar untuk Debat Bahasa Inggeris di sekolah aku. Ya,nama dia Faris. Ah,aku memang senang lupa semuanya. Walaupun semasa pertandingan debat aku tidak banyak berborak dengannya tetapi hari ini dia kelihatan lebih mesra. Kawan baru.


Semua kelihatan penat. Mereka beransur pergi. Aku pun memberi cadangan untuk pergi ke Summit Batu Pahat. Al maklumlah,aku tidak pernah sampai ke Batu Pahat sebelum ini. Bodohkan? Haih. Adik aku membeli tee 3/4 . Aku ingin membeli baju tetapi rasa tidak sedap hati. Fikiran melayang entah kemana. Bermacam-macam aku fikir. Selepas puas berjalan di Summit,ingat terus nak balik tetapi Asyraff hendak berjumpa dengan aku. Dah dua tahun berteman tetapi tidak pernah bersua muka katanya. Aku pun ikutkan sahaja kehendaknya itu. Aku menunggu dengan penuh kesabaran di padang dimana tempat aku menangkap gambar petang tadi. Dia sampai agak lewat tetapi takpalah. Bukan selalu. Bersua dengan dia tidak sampai 20 minit. Kemudian aku terus bergerak pulang disebabkan Lan ada perlawanan persahahatan antara pasukan futsalnya dengan siapa entah.


Terima kasih sebab buat aku gembira hari ini. Lain kali kita pergi lagi okay? Sayang kawan-kawan aku.

June 25, 2010

SUMPAH LAGU NI TEEEEET

KIMIA-MELDA AHMAD

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu


PS: Kenapa kau bagi aku lagu ini? Terasa tahu terasa -,- Terima kasih,muah ah ah.

TERIMA KASIH,



--> Baby Girl - Inner Voices
--> Unintended - Muse
--> Your Call - Secondhand Serenade
--> Kimia - Melda Ahmad



GOODBYE RAINING
HELLO SUNSHINE
:)

June 24, 2010

5 SENI KECANTIKAN CLASS TRIP,

Twins,for sure ;D

Puan Norsiah,5SK's form teacher

Supergirl

SK's with SMV Muar's lovely bus



24 Jun 2010,5 Seni Kecantikan atau 5SK telah membuat lawatan kelas ke destinasi berikut;


--> PUSAT LATIHAN GIAT MARA,SHAH ALAM
--> MIZUMI BEAUTY ACADEMY,PERTAMA COMPLEX
--> MUZIUM NEGARA


Cikgu cakap berkumpul jam 7 pagi dah bertolak jam 7.30 pagi. Ah,semua itu janji Melayu. Jam 7,bas masih tidak kelihatan. Jam 8,bas baru terhegeh-hegeh nak hidupkan enjin. Budak-budak SK kelihatan agak teruja disebabkan setelah sekian lama cikgu tidak membawa kami keluar berjalan-jalan. Lawatan pada kali ini agak kucar-kacir disebabkan pemandu bas yang agak mementingkan diri dan menjalankan tugas bila ada duit. Lawatan ini telah ditetapkan bayarannya,RM5. Tetapi setelah pelbagai perkara yang terjadi,bayaran lawatan ini terpaksa dinaikkan lagi sehingga jumlah kesulurhannya menjadi RM13. Aku tidak menjadi masalah untuk membayarnya,tetapi agak kasihan kepada rakan-rakan yang hanya membawa sedikit sahaja wang perbelanjaan. Haih.


Perjalanan dimulakan. Roti dan air mineral mula diagihkan. Aku tak sentuh roti itu. Perut masih penuh. Keadaan di dalam bas agak riuh. Aku duduk disebelah Dora. Siapa yang tak kenal Dora dekat SMV Muar. Sentiasa dengan jenaka yang buat aku tak kering gusi. Sepanjang perjalanan,ada sahaja yang kami lakukan. Shoot video nyanyi lagu Fall For You ( akan dimuat turun tidak lama lagi ). Bergosip. Dan ketawa. Pejam celik pejam celik. Dah sampai Shah Alam. Aku ulang sekali lagi,Shah Alam. Aku bawa turun segala barang dan buku nota aku. Aku perasan ada satu benda aku tak ambil dari tempat duduk aku. Ah,tak payah bawak. Bukan dia ada pun. Aku tinggalkan beg yang berisi sweater hitam Giordano,boxer,pendrive dan tee Tranasformer. Aku turun dari bas tanpa menghiraukan beg tersebut.

Mendengar segala penerangan dr fasilitator dekat Pusat Latihan Giat Mara,baru aku perasan kamera aku tertinggal di dalam bas. Kecewa. Nasib Kyaa ada bawa turun DSLR. Sepanjang berada di Pusat Latihan Giat Mara,gambar diambil oleh Kyaa. Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Shah Alam,kami meneruskan perjalanan. Destinasi seterusnya,Mizumi Beauty Academy di Pertama Complex. Pertama Complex. Aku tak faham kenapa pergi ke Shah Alam dan kemudian ke Pertama Complex. Haih. Di Mizumi Beauty Academy,kami telah didedahkan lagi dengan lebih lanjut tentang Seni Kecantikan. Apa yang pelajar di Mizumi Beauty Academy belajar,sama sahaja apa yang aku belajar dekat sekolah. Manicure. Pedicure. Masker. Aku telah diberi peluang untuk merasai pengalaman melakukan manicure yang dilakukan oleh pelajar di akademi tersebut.


Jam 2.30 petang,lawatan ke Mizumi Beauty Academy ditamatkan. Perut mulai mendendangkan lagu. Cikgu memutuskan pergi makan di medan selera berdekatan. Aku teringin hendak makan KFC,tetapi malaslah. Ramai orang. Aku,Liul,Nora,Zila,Miera,Shiqa dan Dora memilih tempat makan yang menyediakan nasi campur. Aku ambil nasi dengan lauk ayam goreng,sayur kangkung dan paru berlada. Sedaplah juga. Tak sampai setengah jam,kami dah habis makan. Cikgu suruh bergerak tunggu bas depan Sogo. Budak-budak sibuk pujuk cikgu masuk Sogo. Aku pun sama,bukan sebab nak berjalan-jalan. Aku nak beli hadiah harijadi Hady,29 Jun. Akhirnya cikgu setuju. Aku mencari PDI untuk lelaki,tetapi tidak ada. Aku pun ajak Dora pergi bahagian underwear and boxer. Dora ambil satu tee kolar V,Renoma. Aku masih terkial-kial hendak beli apa untuk Hady. Akhirnya,mata aku berkenan dekat sleeveless Diesel. Memandangkan Hady memang suka pakai sleeveless,jadi aku pun ambil dan terus bayar. Aku pergi ke booth Maybeline,nak beli eyeliner. Dah habis. Hampa. Terus pergi ke tempat aksesori. Dora dan Liul beli rantai. Telefon aku berbunyi tetapi aku tidak hiraukan. Rupanya,cikgu telah menelefon Dora dan memberitahu bahawa bas sudah hendak bertolak.

Sampai sahaja depan bas,pemandu bas menunjukkan muka yang tegas. Ah,aku tak takut. Perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Negara. Sampai saja dekat depan pintu pagar,masing-masing dah kelam kabut. Tapi okaylah. Pergi Muzium Negara bukan nak baca sejarah pun. Tangkap gambar. Ya,macam selalu. Ah,penat nak berjalan. Pergi beli cenderahati dan byebye Kuala Lumpur.





June 21, 2010

HEBAT KAU DEKAT MANA?


Manusia. Bermacam ragam.


Dengki.
Benci.
Talam dua muka.
Hipokrit.
Narsis.


Tujuan aku menaip blog pada malam ini bukanlah atas dasar hendak mengkritik antara satu sama lain. Cuma memberi kesedaran serta memberi kau lihat apa yang aku nampak pada manusia zaman sekarang ini. Mungkin ramai yang berpendapat,aku sekadar membuang air liur bercakap itu ini tentang perkara yang tidak pernah aku nampak. Tetapi bagi aku,aku tak pernah membazir air liur kerana aku hanya membantu jari-jariku untuk bersenam dengan menaip blog. Aku berhajat nak tanya kau.

Apa perasaan kau sekarang apabila aku menulis tentang kau?
Kau hebat,Allah hebat atau kau lebih 10 kali ganda hebat dariNya?
Agak-agak berapa lama kau boleh hidup ats Bumi?
Berapa ramai kawan yang suka kau?
Keluarga kau sayang kau ke?
Kau dah banyak pahala?


Sebenarnya,bertubi-tubi hendak aku menanyakan soalan. Tetapi aku fikir kau seorang manusia yang normal. Ada batas-batas pemikiran. Aku simpan baki soalan aku dalam poket. Berbalik kepada tajuk post blog aku, HEBAT KAU DEKAT MANA? Aku pun mulai menyukai perkataan hebat ini. Aku hebat. Oh tidak. Aku tidak begitu yakin yang aku hebat. Ramai lagi yang hebat di luar sana. Dunia ini besar. Mungkin kau mengaku kau hebat tetapi kau pernah terfikir tak yang orang ramai akan berkata kau ini narsis. Taksub. Kau muda lagi. Dunia hadapan kau masih cerah. Kau tak perlu fikir kau hebat pada masa ini kerana pada masa akan datang lambat laun hebat kau hilang entah kemana. Kau nak ke? Aku rasa jawapannya tidak. Kau pandai berkata-kata tetapi kau lemah dalam pemikiran. Mungkin kau masih muda. Hebat kau dekat mana lg? Nafsu,mungkin. Al maklumlah,kau masih muda. Bergetah. Cakap dengan aku lelaki mana tengok kau tak ternganga mulut,tak terkeluar biji mata,tak gelisah dan tak meningkat nafsu syahwatnya? Aku rasa takda. Kau simbol seks. Tetapi kau kena fikir,kau muda lagi. Tahun ini kau jadi simbol seks. Tahun depan kau jadi hamba seks. 10 tahun akan datang kau jadi apa pula? Masa ini kau baru terfikir,hebat ke aku ini? Orang ramai juga akan berkata,hebat budak ini. Kau nak orang berkata begitu? Perkataan hebat membuatkan kita lupa asal-usul kita. Hebat juga menyesatkan kita dari agama asal. Kau dilahirkan sempurna dengan agama yang cukup suci. Malangnya hanya dengan hebat,kau menyesatkan diri kau yang sememangnya tidak sesat. Rugi. Kau masih punya ruang untuk berpatah balik,tetapi aku tahu memang susah untuk kau kembali ke pangkal jalan disebabkan hebat kau itu. Kau tinggalkan hebat kau boleh tak? Aku tahu,tak boleh. Hebat sangat penting bagi kau. Pentingnya untuk kau mencipta nama,menjatuhkan orang lain dan bersifat narsis. Penting ke semua ini? Aku rasa perkara ini tidak dikira sewaktu kau dihisab kelak. Perkara ini lagi menyimpangkan kau dari jalan yang betul ke jalan yang sesat dan tiada penghujungnya. Aku tahu kau suka. Kau suka ekstrem. Kau suka buat benda yang orang tak pernah terfikir budak yang berumur macam kau ini akan buat perkara tersebut. Dalam erti kata lainnya,kau ini unik. Unik bukannya maksud kau dijadikan daripada cahaya. Kau sama macam aku. Dijadikan daripada tanah. Bagi kau mungkin tanah kotor. Kotor bila kau tak tahu cara membersihkannya. Aku suka gaya kau. Tapi aku bukan obses dengan kau. Aku tak pernah obses dengan sesiapa manusia di atas Bumi ini. Obses,kemana sahaja aku boleh obses dengan kau? Apa aku dapat kalau aku obses dengan kau? Dapat tiket emas masuk syurga? Kau memang hebat. Tapi itu semua bukan kekuasaan kau. Kau tidak ada hak untuk menentukan hidup seseorang,mahupun jodohnya. Walau sekali pun kau pernah bertemankan si polan,kau tak ada hak untuk menkeji aku sekiranya aku berteman dengan si polan itu. Begitu juga dengan berkawan. Tidak pernah terjadi lagi di atas muka Bumi ini di mana setiap seorang manusia hanya boleh berkawan dengan kawan-kawan yang tertentu sahaja. Contohnya,kau berkawan dengan si anu. Aku pun berkawan dengan si anu. Kau melenting. Kau ckp aku curi kawan kau. Kawan boleh sampai mati sahaja. Masuk alam kubur,tidak ada sesiapa yang dapat membantu kau. Ramai kawan sekali pun tidak berguna. Tetap tidak dapat membantu kau menjawab soalan para malaikat dalam alam kubur. Aku rasa aku berhenti di sini sahaja. Jari jemariku hampir tertanggal daripada tangan akibat menulis post ini. Aku minta maaf jika terdapat sesiapa yang tersinggung perasaan dengan penulisan aku pada kali ini. Terima kasih kerana membaca.




HEBAT?
TAK BAWA MASUK KUBUR



June 20, 2010

THANKS BEN10,



He said:

ONE DAY
ONE MAN WILL COME
AND
WIPES YOUR TEARS AWAY



p/s: I love your blog,much love for the song.






p/s : Manisnya mereka :)

June 19, 2010

SEX MANIAC,



Pernah dengar lagu Geli Mat tak?
Geli mat mat mat mat mat.

Macam itu perasaan aku sekarang ini. Aku tak tahu mana nak mula,tapi benda ni bermula hari itu. Aku berwebbie dengan Ben10,sementara nak tunggu dia online tiba-tiba adalah satu budak ini tiba-tiba BUZZ!!! aku. Aku pun macam terkejut,pelik tapi benar pun ada sebab bdk ini jarang nak tegur aku bila online. Senang cerita dia fikir dia hotstuff,so apa barangkan nak tegur budak sakai macam aku ni. Wth. Hot kau tak kemana pun derr. Kubur sama dalam juga. Kain kapan sama putih juga. Jadi,kau jangan nak bajet kau hot gila okay?


Berbalik kepada cerita aku tadi,dia BUZZ!!! aku dan aku pun cakap hey. Sebab aku ini bukanlah penyombong orangnya. Lagipun aku fikir aku pernah lepak semeja dengan dia dekat NZ belakang Pavilion. Itu bukan kali pertama kitaorang bersua. Sebelum itu ada juga,aku pergi Rock The World 9 dengan Aiman. Kebetulan dia kawan baik Aiman. Dari situ aku dah kenal dengan mamat ni. Malam yang dia BUZZ!!! aku,dia pun cakap kenapa dah tak nampak aku apa semua. Aku mcm,kau kisah pula aku ada ke tak. Aku layankan saja apa yang dia tanya.


Dalam tengah bertanya itu ini,tiba-tiba dia tanya aku satu benda yang buat aku rasa macam nak pergi bunuh dia.

A bukan nama sebenar:
You,kenapa tak pakai baju tidur seksi malam ini? Baru nak tengok you pakai.

AKU:
Wth,memang tak dapat ah jep! Lagipun malam ini I pakai kain batik. Sorry ek?

A bukan nama sebenar:
Alaa,pergilah tukar. Nak tengok.

AKU:
Weh,aku tak nak bodoh. Kau ingat aku siapa?

A bukan nama sebenar:
Poyo


Apa masalah dia sebenarnya ek? Duh,tak faham tengok orang zaman sekarang ini. Macam-macam hal,dia ingat aku ini perempuan dekat Chow Kit ke? Ke ingt aku ini macam betina hotstuff itu? Euw,tolong faham okay? Kau nak barang,kau tak payah maintak dekat aku. Kau hotstuff,mesti kawan-kawan semua hotstuff. Apa kata kau mintak dari diaorang,mesti dapat. Lagipun aku ini sakai,kampung and gemok. Kau nak ke? Tolong hormati aku. Jangan ingat aku berkawan dengan semua orang aku nak bagi macam itu jela? Kenal aku dulu,terima kasih.

June 18, 2010

APOLOGY,



Awak,saya nak minak maaf pasal maki-maki awak.
Saya tahu saya tak patut buat macam itu.
Penat saya pujuk awak.
Tapi awak masih tak nak layan saya macam semalam.
Saya moody bukan sebab ini sahaja.
Macam-macam yang berlaku.
Saya nak keadaan jadi seperti sedia kala.
Saya penat menangis.
Saya tak nak menangis tapi mata bodoh sangat nak keluarkan air mata saya.
Awak,maafkan saya.
:(

GERMANY OH GERMANY


Akibat ketidakpuasan aku menonton Piala Dunia,perlawanan antara pasukan kegemaran aku iaitu Germany lawan bersama Serbia.


AKU:
Tak payah ambil hati,ready telinga you. I nyanyi lagu Pukimak. Serbia macam haram bagi bribe dkt reff,butolah.

DIA:
Yang you marah kenapa? Mati ke Germany kalah?

AKU:
. . . . . . . . . . .

DIA:
Habis nak lepas dekat aku pulak. Pukimaklah. Butolah.

AKU:
Okay fine,I salah. Im sorry okay? Ily.

DIA:
zZzZzZ



CONCLUSION: Jangan memaki hamun sembarangan,akibatnya akan memakan diri sendiri -,-

June 17, 2010

XENDRA FAMILY,



Meet my newborn baby
:)

EXPRESSION,

Comel *konon-konon

Tolong diam :|

Cakap keeejuuuu!

Aucakkk!

Monster

Muka apek jual kain ;D

Power Rangers

Wueeeek!

Wink wink

Kishie *FAVOURITE









THIS WILL NEVER END




TRASH,




Setelah berkurun lama tidak membuka Yahoo! Mail. Inilah bahananya. Terlalu banyak harta karun yang berlapuk yang perlu dimusnahkan.

PENCURI,



17 Jun 2010,20:07:59
I sayang you. I suka you. Wallpaper I gambar you. Boleh tak I kidnap you?





17 Jun 2010,20:11:38
I dah curi hati you kan sayang?


p/s: SPEECHLESS :|



June 16, 2010

I KNEW IT,


Kau,jejaka 16 tahun yang berani membuat pengakuan pada gadis 17 tahun yang takut untuk bercakap tentang cinta. Takut? Ya,aku cukup takut perkara 5bulan lepas berulang kembali. Cukup apa yang aku dah lalui selama 5bulan. Aku tak nak perkara tersebut jadi lagi. Terima kasih sebab pengakuan itu,aku amat menghargainya. Aku hormat dengan keputusan kau. Aku rasa kita lagi bagus jika berkawan. Tapi aku nak kau tahu aku sebenarnya sayang kau.


Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:39:18 PM): i nk ckp psl benda yg i nk ckp tuh
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:39:43 PM): bg i masa u 10min then u nk chaat dgn siapa u pg la
pink4peace_93 (6/16/2010 10:39:56 PM): yeah,ckp lah
pink4peace_93 (6/16/2010 10:40:05 PM): tak,ckp jela
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:40:17 PM): i love you,
pink4peace_93 (6/16/2010 10:40:40 PM): yeah?
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:40:47 PM): i suka kat you,
pink4peace_93 (6/16/2010 10:41:18 PM): just say it
pink4peace_93 (6/16/2010 10:41:24 PM): tak nak potong apa you ckp
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:41:35 PM): the problem is i xgeti berjauhan
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:41:55 PM): kalau u duduk jb u psti jd jantung hati i
pink4peace_93 (6/16/2010 10:43:14 PM): Idk what to say,
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:16 PM): tp ni time i kt muar kita dpt jumpa
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:17 PM): time i kt jb ?
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:17 PM): myb u akn hilang cmtu je
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:20 PM): dr i
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:20 PM): dr ingatan i
Amir Anuar Badrulhisham (6/16/2010 10:43:20 PM): gosh


Aku sedih,tapi aku gembira dia dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri dia sendiri. Terima kasih.


BYEBYE HOPES,


AKU TAK NAK BERHARAP LAGI
BIARLAH APA NAK JADI SEKALIPUN
AKU TERIMA
-,-

WAITING,


Hari ini aku rasa macam tak puas hati saja dengan semua orang. Kenapa? Jangan tanya aku. Tanya segala hormon dalam badan aku ini. Aku hampir-hampir nak marah dia. Dia tak buat salah cuma cara dia membalas pesanan ringkas aku seolah-olah tidak ikhlas. Ah,aku selalu begini. Berfikiran negatif sepanjang masa. Aku mintak maaf sebab tuduh kau macam itu sekali. Kau pun tahu aku tak berapa sihat hari ini,mungkin sebab terlalu gembira di hari semalam. Gembira aku tak habis lagi. Hati melonjak-lonjak bila kau photoshare gambar kita semalam. Terima kasih banyak-banyak,susahkan kau saja pergi kafe siber semata-mata nak bagi aku gambar kita itu. Kau memang baik,baik sangat-sangat dengan aku. Kau belanja aku itu,kau belikan aku ini. Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Tapi kenapa hari ini kita mesej tak macam hari-hari lain? Kenapa mesej-mesej yang kau hantar dekat aku berunsur dingin? Aku ada buat salah ke? Atau memang cara kau memang macam itu cuma aku yang terlalu berfikiran negatif? Apa-apa jela. Serius aku cakap aku memang ada masalah hari ini. Masalah apa? Aku sendiri tak dapat nak kenalpasti. Maaf kalau perilaku aku hari ini buat kau nak mrah,buat darah kau menyirap dan buat muka kau jadi merah. Aku pun tak faham kenpa dengan diri aku hari ini. Sekarang ini kau jela orang yang teman aku ketawa,menangis? Belum lagi. Kau sebenarnya nak cakap apa dekat aku? Kenapa mesti nak tunggu online dan webbie? Kenapa tak sekarang? Kau nak cakap pasal apa? Itu adalah antara persoalan yg berlegar-legar di minda aku sampai detik ini. Aku masih menunggu apa yang hendak kau cakapkan. Aku tak kisah sama ada benda yang kau nak bagitahu kau itu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri aku. Gembira,sedih,dan kecewa. Belakang cerita. Sekarang ini aku tetap nak tahu apa yang sebenarnya kau nak bagitahu aku. Aku tetap menunggu. Tapi sekarang ini masih banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku. Tentang kehidupan kau. Kehidupan sosial kau. Aku pun tak tahu kenapa aku berfikir terlalu jauh. Satu per satu perkara yang merungsingkan aku,yang datang waktu aku tidak mahu menerima sebarang tekanan. Apa aku boleh buat? Hidup mesti ada masalah. Tak ada masalah,tak hebat hidup. Aku akan tetap tunggu waktu yang kau cakap untuk memberitahu aku perkara penting itu. Ya,aku tunggu.

GELI MAT AH AH AH,



THIS STORY WILL NEVER END

Ben10,lagi dan lagi.

Plan memang nak tengok movie dari hari itu tapi tak sempat,jadi semalam pergi tengok Karate Kid. Gosh,cerita dia memang best. 5bintang. Seriously aku cakap pertama kali aku pergi cinema dekat Muar ni,macam sampah. Korang bayangkan apa yang aku cakap ni okay? Tiket movie dah macam tiket bas yang aku rasa tiket bas lagi lawa. Kerusi dah lah takda nombor,aku boleh duduk mana-mana saja. Haa,yang ni aku tak kisah. Tapi yang aku tak suka,kerusi dia 90 darjah. What the hell,sakit bodoh tulang belakag aku -,-

Dalam cinema tu tak payah cerita lah. Dah lah masing-masing yang tengok movie bodoh,dah tahu dalam cinema kena silent phone so silent jela. Ni tak,memekak satu cinema. Ee,bodoh. Aku rasa waktu aku tengok movie semalam salah,sebab apek serta nyonya saja yang ramai. Macam-macam ragam walaupun dalam keadaan yang gelap. Takpa,aku tetap fokus ke arah skrin besar.
Ben10,macam biasa. Tarik telinga aku,tumbuk aku. Sakit doe,DAYM!

Lepas tengok movie,aku belanja dia makan KFC. Sbb dia dah belanja aku tengok movie. Terima kasih Ben10. Makan dan makan,aku rasa macam tak kenyang. Kenapa? Mengapa? Entahlah. Takda jawapan untuk soalan itu. Dah habis aku makan ayam-ayam. Bangun dah pergi basuh tangan. Perut terasa lapar lagi. Tengok muka dia. Okay,dah kenyang. Pergi bus stand,ambil cab. Dalam cab aku dengan dia buat muka dekat cermin. Haa,hobi dia.

Bila lagi nak jumpa? Terserah.

June 14, 2010

BYEBYE,


Lawa tak? Comel tak? Menarik tak?
SEMESTINYA!

Amir Anuar Badrulhisham,cepat cakap byebye dekat jam kesayangan awak ni. Mintak maaf banyak-banyak sebab saya mintak jam awak ni. Nampak menarik dan tertarik mata saya melihatnya. Tapi salah awak juga,siapa suruh awak bagi kan? Haa,tapi dah bagi tak boleh nak mintak balik lah. Tak dapat ah jep!

Cerita dia memang best sebab jam yang comel lagi menarik mata memandang ni aku yang punya. Ya,hak milik Ellynda Suriya Kenchana sepenuhnya. Sejak bila? Semalam lah. Apek mana entah bagi,apek tu comel. Awh,aku suka. Jam ni menariknya sebab ada lampu tu je,nak tgk jam memang tak boleh lah. Aku pun taktau dia set waktu apa dekat jam ni. Dekat Malaysia dah pukul3,tapi jam ni masih menunjukkan pukul12. Agak-agak waktu negara mana? Atau mungkin waktu di benua Afrika? Mungkinkah?

June 13, 2010

GREAT TIME WITH BEN10,





WUHUUUU!

Best,serious best! Atas makluman kau dan kau,hari ini kan aku hangout dengan Ad and her cousins. Taik,title je tu. Yang sebenar-benarnya aku nak meet ni haaa,Ben10. Dia cousin Ad,tahu kan? Okay,bagus.

Plan memang nak keluar hari ni sebab dia his sibling dah nak balik rumah atok dorang esok. Tapi,still dekat Muar lah. Aku keluar pukul2. Tu pun Mirul yang hantar sebab family aku semua keluar dan tak reti nak balik even aku dah ckp aku nak keluar. Taik. Sakit hati ni,nasib ada Mirul. Aku heret dia suruh hantar aku pergi Wetex. Padahal motor dengan takda roadtax,cerita dia memang best lah kalau kena tahan dengan pak polisi -,-

Sampai je terus cari Ad dan cousin-cousin dia ni,tapi takda. Aku pergi toilet,sambil aku call Ben10. Dia cakap dia dekat atas,okay aku pun terus keluar. Depan Giordano katanya,dupdapdupdap seh. Aku dah nampak dia dari jauh,bapak tinggi! Haram,rasa diri rendah. Tu pun sebab aku pakai flipflop. Tapi tak terkejut sangatlah dia tinggi macam tu sekali sebab Ad pernah bagitahu aku yang si Ben10 ni tunjang. Excited seh dapat jumpa Ben10,rasa macam nak jerit. Agaklah Ell,tapi dia okaylah. Not bad. Nakal,serious.

Pusing-pusing,cari kakak dia dan Ad. Kebetulan pulak Ad pun ada date dengan Ariff. Haa,dah kena lah tu. Kesian kakak Ben10 jalan sorang-sorang. Habis tu aku dah jalan dengan dia,Ad dah lari ikut Ariff pergi Mcd. Thank God,kakak dia pun sama kepala dengan kitaorang. Plan memang nak tengok movie,tapi Ad cakap movie dekat Muar ni ada time-time so I pun macam tak jadi lah. I teman Ben1o pusing-pusing cari sweater. Mula-mula pg Giordano,memang adalah sweater tu. Dia pula gedik kata mahal bagai.

Ad ajak pergi karaoke,okay I pun pergi lah dengan Ben10. Err,I tak pernah jejak kaki dekat tempat karaoke tu. Sebelum tu Ben10 ajak masuk satu kedai ni,haa jumpa pun swetaer hitam yang dia nak tu. Dah dah,dia pun dah dapat apa yang dia nak. Terus naik atas pergi karaoke. Ramainya orang. Terus cari Ad,haa jumpa pun. Masuk je Ben10 terus nak nyanyi. Bapak semangat gila jejaka ni. I pun excited nak dengar suara Ben10. Dia nyanyi lagu apa entah,tapi lagu jiwang lah. I tahu pula lagu jiwang-jiwang ni. Layaaaaann.

Gosh,tiba-tiba Mizie and the gang pula sampai. Haa,kan aku dah kena bahan. Taik betul. Aku kan pernah cakap dekat Mizie yang aku takkan jejak kaki aku dekat tempat karaoke. Aduhduh,malu seh. Nak menyorok memang tak boleh,tetap nampak. Yang Ben10 dah buat muka sebab aku melayan Mizie. Serious,muka dah menakutkan aku. AKu panggil pun dia buat macam endah tak endah. Okay fine,aku dah tau sebab. Aku terus ajak dia keluar pergi Mcd. Aku ajak dia makan,tak nak pula. Kenyang lagi katanya.

Order memang slow,sampai je meja dia cakap mumy Ad dah sampai. Hmm,okay byebye. Sedih gila doe,kena makan sorang-sorang. Dia sempat tarik telinga aku,pundek! Aku pun cekalkan diri,makan seorang diri. Tiba-tiba dia patah balik,pamparaam. Dia bagi aku jam Ben10. Dalam hati melonjak kegembiraan seh! Luaran,sedih sebab dia kena balik dan aku tetap kena makan sorang-sorang. Sorang-sorang tapi maka tetap laju je. Tiba-tiba Ben10 text,dekat Tanjung Emas katanya. Dia suruh aku datang naik cab,euw aku reti pulak?

Phew thank God,Mizie pun text aku. Dia menawarkan diri nak hntr aku balik,sebab dia datang dengan cousin naik kereta. Okay,memang best lah ceritanya. Aku pun suruh diaorang bawak aku pergi Tanjung. Nak jumpa Ben10 lagi,lagipun aku nak bagi dia ice-cream and glass Mcd. Sampai je terus call Ben10,dari jauh dah nampak dia dengan kakak. Auch auch,best. Jumpa lagi. Pusing-pusing dan dia ajak jalan tepi sungai. Memang best,Ad dengan Ariff memang pasangan paling manis lah. Senang cerita. Tangkap gambar,ya aku suka!

Ariff balik,tinggal kitaorang berempat. Jalan nak balik pergi jeti,sebab awan dah mula meludah-ludah. Sampai jeti,Mizie dah tunggu nak hantar aku balik. Ben10 pun dah nak balik,rasa macam nak jerit tak bagi dia balik. Boleh tak? Ish,kenapa jam ni bergerak? Tak suka lah. Rabu ni our 2nd meet up,aku nak berhentikan semua jam yang ada termasuk jam Ben10. Biar lama sikit boleh jumpa dia. Boleh kan? Btw,Tuff nak dia. Oh,no no no. Ingat dapat? Tak dapat ah jep!


Ben10 Ben10 Ben10
Thank you very much
Tumbukan awak memang best
Rabu ini buatlah lagi
Saya suka
-,-

June 12, 2010

BEN10,

WOOT WOOT.

Ben10 ten ten ten ten ten ten!

Well,ini lah dia Ben10 yang aku selalu sebut tu. Dia cousin Ad. Dia stay JB dan sekarang ni dia dekat rumah Ad. Cerita dia memang best lah sebab hari ni dah plan nak pergi tengok movie dengan dia apa semua. Umur dia baru 16,tapi otak dah upgrade macam budak dah habis sekolah. PMR 7A katanya.

Seriously,layan kepala dia memang tak pernah bosan. Ada je benda nak cakap. Dan hari ni dia dah janji nak bagi jam Ben10 yang ada lampu-lampu tu. Tak bawak? Nasiblah aku gegar rumah Ad. Aku nak juga jam tu,tak kira! Cuab tengok muka dia,nampak macam manis je kan? Duh,kalau dia dah marah memang habis lah. Ranap. Aku dah kena hari tu. Bergetar lutut aku. Kalau hari ni dia keluar dan nak marah-marah,aku humban je dia dari atas sampai bawah. Bolehkan? Okay,Ad dah bagi lampu hijau.

Okaylah,aku nak siap. Nak pakai baju kurung ni,mesti ayu gila kan? Well,Ell memang ayu. Kau dan kau kena terima hakikat hakiki. Buhbye.

SISTER-IN-LAW,


PAMPAAARAM!

Meet Syaza Aziz,adik aku punya gadis. Itu maknanya bakal adik ipar aku lah kan? Okay,nmpak gaya macam adik aku je nak kahwin dulu ni,haram mana boleh. Langkah bendul,tak baik. Walau apa pun yang terjadi,Ellynda mesti kahwin dulu yer adikku sayang?

Okay,ni semalam punya ceritalah. Nak post semalam memang aku tak larat,balik je siap-siap pakai baju tidur terus switch on lappy. Nak berwebbie katanya. Tapi semalam kira okaylah even tak sempat ak pergi tengok movie. Taikkan? Aku dah plan baik punya nak tengok Lagenda Budak Setan,tapi hancur hatiku mengenangkannya. Anak-anak saudara aku dah mengamuk macam haram,balik jela jawabnya. Aku pun macam,hmm yela balik jela -,-

Aku paling banyak membeli-belah semalam,semalam je aku dah beli 4 atau 5 baju. Baju je,seluar aku belum jumpa yang sesuai. Adik aku siap belikan gadis dia jam plus baju,taik aku cemburu. Aku nak juga,siapalah orang yang bertuah nak belikan aku ek? Dalam mimpi katanya. Aku tak kisahlah,asalkan aku dapat apa yang aku nak. Dah membeli dan belah,cerita dia memang aku lapar gilalah. Kau tau jela perut aku ni macam mana,tau kan?

Last destination,Umbai. Ceruta dia kalau makan dekat sini memang aku lupa diri lah. Ada allergic pun buat-buat takda kan bang? Aku order ketam,lala,kupang. Pehh,memang best dimakan begitu sahaja. Orang lain guna garfu dan sudu,eh apa barang. Tak Melayu lah macam ni. Aku makan memang tak pandang orang lain. Makan dan makan,masuk kereta terus tidur. Sampai rumah malas gila nak mandi,basuh muka terus berwebbie.

Ah,kau memang best lah Ell :)


June 11, 2010

YESTERDAY,


Ohooi hoi hoi hoi

Semalam best!

Start dari pagi,ada je benda yang buat aku happy. Haaa,macam ni lah aku nak. Takda dah menangis-menangis ni,aku senyum je keliling kepala. Kau boleh buat? Aku tau kau dan kau tak boleh buat,takpa cuba lagi tahun hadapan.

Semalam aku keluar dengan family aku pergi MITC di atas tujuan nak cari bakery yang ada buat cupcake. Kakak aku nak tempah for birthday party Arif Daniel. Cerita dia memang best sebab sampai je bakery tu mata aku terpandang cupcake Elmo. Taik,lawa seh! Dari jauh dah nampak mata binatang tu,awhh bila aku nak dapat? Aku nak juga -,- Aku ingat lagi dulu ada orang tu dah janji nak bagi aku cupcake Elmo tapi sampai sekarang,haaraaam. Takpalah,aku anggap je dia pernah bagi. Malas nak cerita kisah lampau.

Perjalanan diteruskan pergi Mydin MITC,nak cari birthday party stuff. Kakak aku cakap aku kena jadi party planner,sebab kakak aku nampak ciri-ciri tersebut dalam diri aku. Terharu sungguh dia ckp macam tu. Aku pun bersemangat cari itu ini,tapi sebenarnya aku memang malas. Alaa,korang macam tak faham aku pula kan? Aku mana suka buat benda remeh bin temeh. Kau tahu kan? Ya,bagus-bagus. Tapi,kakak aku punya pasal aku pun meringankan diri untuk mencari barang-barang tersebut tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata carutan.

Cari dan cari,weh aku lapar! Well,dah lapar mstilah kena pergi makankan? Takkan pergi toilet pulak,duh. So,satu family pergilah makan dkt foodcourt. Aku biasalah makan claypot,kegemaranku. Masa tengah order tu,aku pandang belakang. Aku nampak one group of guys ni baru nak duduk. Serious aku kenal jejaka-jejaka tu. Ya,aku kenal! Naim,Hafiz,Aiman dan Ah Chong. Siapa mereka? Rakan sukan,betullah aku tak tipu. Makan aku pun dah siap,aku pergi tegur. Muka agak tebal,sebab takut salah orang.

Phew,nasib betul. Aku gembira sebab dpt jumpa mereka. Ya,aku lupa mereka ada ambil bahagian dalam SUKMA. MITC merupakan lokasi rasmi MITC,okay aku faham. Patutlah ramai aku nampak atlet berpeleseran dekat Mydin. Cerita punya cerita,makan aku tak habis lagi. Aku pun blah,tinggalkan mereka. Aku sambung makan,dan perjalan diteruskan pergi mana ek? Balik rumahlah,kepala aku dah pening. Dan aku pun dah janji nak berwebbie dengan teman-teman,ceritanya memang aku excited.

Sampai rumah,mandi dan kemas barang-barang yang dibeli oleh kakak tadi. Dah selesai semua,aku pun melabuhkan punggung di atas katil dan mula menhidupkan lappy. Setting sana setting sini,terus on YM. Ya,aku berwebbie dengan DJ. Plus Baby Tuff dan Ben10 pun nak berwebbie dengan aku. Tunggu dan terus menunggu mereka,Afiq Travis buzz aku. Oh tikijut mek,tiba-tiba je. Terus berwebbie dengan dia,sumpah lah dia memang gila tapi best. Dah puas webbie,video call pulak. DJ marah aku,sebab dia kata aku berubah dan dia nak Ell yang dulu. Weh lelaki,ni Ell lah. Mana ada lagi Ell yang lain. Limited,one and only.

Afiq,Red,Ad,Ben10,Baby Asya dan Baby Lylo tengok je aku otp dengan DJ. Memang dia sentap betul dengan aku,duh aku dan buntu. Memang haram,aku dah tak tahu nak buat apa. Aku teruskan lagi berwebbie. Afiq tak habis-habis nak hidupkan suasana debate,ish jejaka ni. Ya,aku tetap jadi opposition dan dia jadi government. Tak lupa juga,kami ada kutuk mati-matian seorang gadis ni. Cerita dia memang aku buat dosa semalam,tapi apa aku kisah? Asal aku puas hati. Ben10 sentap juga dengan aku,sebab aku otp masa tengah webbie. Aik,tak boleh ek? Ohh,ingat boleh.

Memang happening gila semalam,otp dan berwebbie bersama teman-teman seperjuangan. Malam ni aku nak lagi,boleh tak? Tapi tak boleh nak otp,sebab creds aku dah nazak.