May 22, 2011

STAR IN A MILKY WAY



Sebenarnya aku dah janji tak nak buka cerita pasal kau lagi,walaupun sekelumit tapi tapi tapi aku tak boleh nak tahan cerita ni untuk aku sorang. Aku rasa terbeban sangat sangat tapi takda ah sampai menganggu pemikiran aku cuma kadang kadang tu teringat sekejap sekejap dekat kau tu aku rasa normal ah kan? Kau dah jumpa hidup kau yang baru,tahniah diucapkan. Memang tu yang kau nak sangat,walaupun aku makan hati dengan apa yang kau cuba lakukan antara kita tapi takpa ah. Aku mengalah,aku gembira kalau kau gembira k?


Lepas apa yang jadi antara kita berdua,aku kawal diri daripada contact kau. Tak kisah ah daripada Facebook ke,call ke,text ke. Semua aku tahan,aku buat macam biasa. Kebiasaan aku memang aku akan tengok news feed,selalunya ada juga aku nampak kau update status tak pun kau wall-to-wall dengan Eva tapi hari tu aku takda nampak pun. Aku pelik gila,tapi aku chill je. Aku try search tapi takda,heh masa tu memang terang-tang-tang ah kau dah deactivate Facebook. Aku pun tak boleh buat apa,takkan nak suruh kau activate balik. Yela,aku siapa je bagi kau kan kan kan?


Semalam aku pergi Melaka dengan Rahmat,Ajim,Mud,Eddy dengan Mud. Masa otw balik,tiba tiba Boy bersuara.

'Banyak gila bintang malam ni'

Boy sebut je 'bintang',kepala aku terus tangkap muka kau. Fuck man! Aku dongak kepala,tengok langit. Memang banyak bintang,tapi 'bintang' aku mana ada lagi. 'Bintang' aku dah takda,dah hilang. Kebiasaannya juga kalau online,aku akan log in untuk Skype. Setiap kali aku online Skype,nama kau mesti ada. Ya Allah,tangan memang gatal je nak taip 'Hi' tapi hati tak kuat lagi. Biar ah aku pulih dulu,hati pun entah macam mana kondisi pun aku tak tahu. Aku bukan kata aku ego tak nak tegur kau cuma aku tak kuat lagi,ya memang dulu aku kuat. Dulu aku kuat sebab ada kau,kau 'bintang' aku. Tu dulu,sekarang kau bukan 'bintang' aku lagi. Jaga diri 'bintang'!


May 18, 2011

260 DAYS



Cukup 260 hari tapi bagi aku,aku tetap rasa kelainan dalam diri kau. Lain yang macam mana? Heh,aku pun tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku tahu aku agi selesa dengan kau yang baru 1 hari aku kenal bukan kau yang dah 260 hari aku kenal. Fahamkan? K.


Aku tak minta lebih cuma nak sokongan moral daripada kau bukannya makin menjatuhkan semangat aku. Memang aku untung sebab kawan aku cukup,keluarga aku pun semua cukup lagi tapi kalau ada kau aku rasa lagi bertambah tambah semangat aku. Mungkin kau tak sedar perlakuan kau tu buat aku terasa hati atau mungkin aku telah berubah menjadi seorang yang terlalu sensitif. Heh,aku rasa kedua duanya sekali. Aku memang terlalu sensitif sekarang ni,semua orang yang rapat dengan aku tak kira dekat social network mahupun dunia realiti tetap berjaga jaga bila mengeluarkan kata kata. Tersalah sikit,memang aku tarik muka. Perubahan dalam diri aku ni mendadak,aku sendiri tak dapat kesan apa punca segala yang terjadi. Aku tak boleh nak buat apa cuma redha je.


'Suka ah kau dapat masuk UiTM Shah Alam nanti. Melompat macam katak gembira nanti,kan?


Berkecai hati aku bila kau cakap macam ni. Aku tahu kau masa tu kau cuba kalis bila kau bercakap dengan aku tapi aku tahu apa yang cuba kau sampaikan. Aku dah 18 tahun hidup,bukan 8 tahun k? Senang cerita,hati aku memang fragile. Tak boleh salah cakap sikit,aku terus nak bertukar jadi Hulk. Tak suka? Aku tak kisah sebab aku tak boleh nak buat apa lagi. Apa yang cuba kau maksudkan bila aku dapat UiTM Shah Alam aku melompat macam katak sebab suka? Aku tahu,kau cuba sebut nama Danny tapi kau tahu sendiri aku akan mengamuk bila kau sebut nama Danny. Nah,biar aku terangkan k? Kalau aku dapat UiTM Shah Alam sekalipun,tak bermaksud aku nak tergedik gedik cari Danny lepak dengan Danny apa semua. Bodoh sangat ke aku ni sampai nak buat macam tu? Tolong ah,otak tu jangan nak fikir negatif je. Aku dah penat k? Aku pun dah berkawan dengan Danny,siap rapat dengan Kiki Azmi.


Luaskan cara pemikiran kau k? Positifkan diri kau sendiri sebab aku sikit tak pernah terdetik nak fikir negatif pasal kau. Aku tahu Danny bagi impak yang besar dalam hidup kau walaupun aku dengan Danny dah takda apa. Tak perlu semua tu k? Buang masa dengan tenaga kau nak buat macam tu. Aku dah malas nak cakap banyak sebab cerita aku dengan Danny dah takda,memang dah lupus betul betul. Kalau tak lupus,macam mana aku boleh berkawan dengan Danny? Fikir dalam dalam. Aku penat nak layan perangai negatif kau,sumpah penat.


May 16, 2011

HERO GADIS GADIS





Nahhhhhhhh,hambik kau Ell. Apa ke sial hidup aku asyik kenal dengan lelaki yang ada title 'Hero Gadis Gadis',fuck man! Hari tu sekali dah kena,ni sekali lagi. Demmmm! Serius ah,bila jadi macam ni memang bertalu talu aku sumpah dalam hati. Yela,sakit hati k? Sweetalk punya manis siap bagi high hope blahblahblah lepas tu dannnnnnng hambik kau,hampir semua perempuan kau bagi benda yang sama. Apa kesialnya perangai tu? Aku ingat lagi ayat kau,


AKU KALAU DAH MULA SAYANG ORANG MEMANG SUSAH TAPI KAU PULA BUAT AKU MACAM NI.
APA APA AH,BYE.


K,ni masa aku tak layan dia. Bukan tak layan apa,cuma aku busy gila babi. Tak cukup dengan tu,siap remove aku dari Facebook. Aku pun macam tak busy lagi,start balik hi hi dengan kau apa semua. Aku dengan bodohnya pergi ah add kau balik. Paling boleh ah kan kan kan? Paling best ah aku tengok wall kau,fuhhhh tak nak kalah. Hero Gadis Gadis mesti ah penuh dengan gadis gadis. Yer dak? Aku senyum sinis je baca semua tu,aku stalker? Ya,memang. Apa masalahnya? Aku takkan stalk kalau aku takda rasa apa apa,faham? Kau biasa je,yela Hero Gadis Gadis aku perli sikit mana makan.


Memang sakit hati,tapi kau buta. Kau mana rasa apa aku rasa,yang kau tahu sweetalk,flirting. Alahai,apa kebodohnya aku tak perasan kau sweetalk dengan semua gadis gadiskan? Nahhh,Ell memang bodoh. Dah ah bodoh,sial pula tu hidup sebab kenal lelaki lelaki macam kau ni.



May 15, 2011

WTF




Ceritanya semalam memang aku yang sial. Orang lain punya masalah,aku tersepit dekat tengah tengah sampai kena perli kena tempik kena macam macam ah. Siapa tak baran,yer dak? Aku memang penyabar orangnya tapi kalau sampai bukan salah aku pun aku balik yang kena tu memang tak ah. Silap orang beroo,lu dah pijak kepala wa lebih lebih memang ah wa hembus balik.



K,sekarang ni aku menyesal sebab tanya pasal benda tu. Benda apa tak payah tahu ah,tak penting dengan hidup aku pun. Aku tanya je,kau nak melenting bagai bagai kenapa? Memang ceritanya kau kawan aku,dia pun kawan aku tapi masalahnya kau dengan dia yang ada hal. Aku tak nak jadi orang ketiga sebab aku bukan kuat sangat nak jadi orang ketiga dalam masalah korang berdua ni k? Masalah sendiri,settle masing masing. Kau marah dekat dia,tapi aku yang kenakan? K,memang best gilababi. Aku dengan dia tak istilah 'BFF' sebab aku pun kenal dia macam tu je dan aku rasa aku kenal kau lagi rapat rasanya,jadi tak perlu nak perli aku jadi 'nice' sebab berkawan dengan. Fuck man,apa ni? Aku dah guna bahasa sopan santun malam semalam,dah tak tahan sangat memang hilang ah sopan santun pelancau semua tu. Selagai boleh bersabar aku sabar,kalau dah lebih memang minta maaf aku cakap aku memang akan hembus. Lantak ah kau siapa,aku bukan kira. Aku dah tolong kau itu ini,ini yang aku dapat? Memang best ah ceritanya. Aku mengungkit? Memang. Kau pun ada mengungkit malam semalamkan? Biar aku nak taip dekat blog cerita apa sekalipun,dah nama blog aku kisah pula kau nak mengamuk ke apa. Serius ah,aku bukan jenis ah nak bergaduh dengan jantan pasal hal remeh temeh ni. Aku cuma nak bagi kau sedar,aku bukan kawan kau yang kau pakai boleh hembus bila kau marah marah dekat orang lain. Aku ada perasaan juga k? Ingat sikit!



May 11, 2011

I MISS YOU. NO,I MISS US.





K,aku rindu kau.
- Rindu kau panggil aku Bam.
- Rindu kau bagi aku KFC dekat tepi Dewan Jubli Intan.
- Rindu kau berlagak dengan keychain Domo dekat kunci kereta kau.
- Rindu kau gelabah ajak aku pergi Econsave dengan Giant sebab nak cari wardrobe.
- Rindu 8 Mac 2011 dengan kau.
- Rindu kau text 'otw' tapi yang sebenarnya kau dah ada depan rumah aku.
- Rindu tengok kau makan mee rebus.
- Rindu kau bahan aku pasal kawan kawan kau.
- Rindu kau bawa kereta laju laju masa nak pergi Melaka.
- Rindu kau minum CoolBlog perisa Oreo Mocha dengan pearl.
- Rindu kau cakap 'untunglerr'.
- Rindu kau suap aku KFC.
- Rindu tengok movie dengan kau.
- Rindu nak tengok kau pakai Dunk sampai 10 minit.
- Rindu Dunk merah kau.
- Rindu kau cium pipi aku sebab tunggu kau pakai dunk lama sangat.
- Rindu tengok kau nyanyi lagu Memory-David Guetta ft Kid Cudi.
- Rindu kau kutuk nigga dekat MMU.
- Rindu dengar kau bahan Ayien pasal Haneef.
- Rindu kau pujuk aku sebab aku nak tengok No String Attached masa Eyka tengah beli shades.
- Rindu cara kau beriya iya main Bingo dekat funfair sampai dapat bear besar gila.
- Rindu cara kau marah bila aku tampar muka kau.
- Rindu bila kau suruh aku berdiri dekat tengah panas semata mata nak test camera kau.
- Rindu bila kau suruh aku snap gambar kau dekat air pancut Dataran Pahlawan.
- Rindu nak tengok kau shopping.
- Rindu nak cium tangan kau bila kau hantar aku balik.
- Rindu kau peluk leher aku sebab aku tak nak pandang muka kau.
- Rindu mata sepet kau.